Thursday, January 28, 2010

Jawatankuasa Induk Maulidur Rasul, Menghafaz Al-Quran dan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor 1431H/2010M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pembaca setia blog saya, hari ini 28 Januari 2010 jam 9.30 pagi saya diminta hadir ke satu mesyuarat di Tkt 19, SUK. Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato' Ramli bin mahmud, SUK Selangor. Laporan seperti di bawah:

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tiga program besar Kerajaan Negeri yang melibatkan DYMM Sultan Selangor. Program-Program tersebut ialah:-
2:1. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor.
Tarikh : 26 Februari 2010 (Jumaat)
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.
Masa : Mulai jam 7.30 pagi

2:2. Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor.
Tarikh : 9 hingga 12 Mac 2010 (Selasa hingga Jumaat)
Tempat : Auditorium MBSA, Shah Alam.

2:3. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Selangor.
Tarikh : 27 hingga 30 April 2010 (Selasa hingga Jumaat)
Tempat : Masjid As-Syariff, Pekan Meru Klang.
3. Y. Bhg. Datuk Bandar MBSA telah dilantik sebagai salah seorang Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Maulidur Rasul dan Majlis Menghafaz Al-Quran. antara tugas-tugas serta tanggungjawab MBSA bagi kedua-dua program tersebut adalah seperti berikut:
3:1. Memasang bunting dan bendera Negeri Selangor di sepanjang laluan Tuanku hingga ke Stadium Malawati, dalam Stadium serta perkarangan Dewan Bankuet MBSA.
Tindakan : Jabatan Korporat.
3:2. Membuat dan memasang Tunjuk Arah ke Stadium Malawati dan ke Auditorium MBSA.
Tindakan : Jabatan Korporat
3:3. Menghias pentas utama dengan hiasan bunga berpasu di Stadium dan Auditorium MBSA.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi
3:4. Menyediakan Tong Sampah Besar yang mencukupi di Stadium Malawati dan Auditorium MBSA.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar
3:5. Memastikan kebersihan Tandas Khas DYMM Sultan Selangor di Stadium Malawati dan Auditorium MBSA.
Tindakan Jabatan Kejuruteraan dan Pengurusan Stadium
3:6. Membuat kawalan tempat letak kereta di Stadium malawati dan Wisma MBSA.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan


Doa menenangkan hati: "Ya Allah, Yang mengalihkan hati dan pandangan, alihkanlah hati kami kepada taat kepadaMu".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jumpa lagi pada 1 Feb 2010.

Wednesday, January 27, 2010

Mesyuarat Persiapan Penyediaan Kertas Siasatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam 26 Januari 2010 aku diminta hadir ke mesyuarat di atas di Jabatan Undang-Undang. Laporan seperti berikut:

1. Pengerusi Encik Muhammad Hafiz bin Abdul Hamid (Pegawai Undang-Undang) memulakan mesyuarat dengan bacaan umul kitab.

2. Taklimat penyediaan kertas siasatan ini akan diadakan seperti berikut:-
Tempat : Dewan Bankuet atau Auditorium MBSA
Tarikh : 4 Februari 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Perasmian : YBhg. Dato’ Bandar MBSA

3. Peserta terdiri dari kakitangan MBSA yang terlibat dengan pengeluaran kompaun dan berkaitan undang-undang seramai 500 orang.
4. Pengerusi membentangkan senarai semak tugas setiap jabatan, Jabatan Korporat diminta menyediakan perkara-perkara berikut:-
4:1. Sofa - 3 unit.
4:2. Coffee Table beralas & bunga - 1 unit
4:3. Cenderahati untuk penceramah - 1 unit.
4:4. Fail Folder untuk peserta - 500 unit.
4:5. Juru Foto mengambil gambar semasa perasmian.
4:6. Membuat rakaman video setiap ceramah yang di adakan dan menyalin dalam
bentuk CD untuk edaran Jabatan-Jabatan yang terlibat.

Tindakan : Bahagian Perhubungan Awam,
Bahagian Keraian,
Dan Jurufoto

5. Aturcara majlis akan dimaklumkan kemudian.

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Doa memohon kecerdasan fikiran: "Ya Allah, Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dalam berfikir dan lindungilah aku dari kejahatan nafsuku sendiri".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, January 22, 2010

Perhimpunan Bulanan Bersama DB Bil. 1/2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Pagi ni jam 8.00 pagi bermulalah perhimpunan bersama Datuk Bandar sesi 1/2010 yang diHoskan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar.

Pengarahnya Tuan Dr. Haji-Haji Roslan bin Haji Fadzil.

Dimulai dengan Nyanyian lagu Negeri Selangor, Negaraku dan Shah Alam,
Diikuti Bacaan Doa oleh YM Raja Tajuddin bin Raja Othman.
Seterusnya Ikrar Perkhidmatan Awam, (sebenarnya dia tengok teks jugak).

Tayangan Video Ucapan Tahun Baru YAB MB Selangor.

Seterusnya taklimat dari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar bercampur dengan tayangan video.

Diikuti dengan Ucapan Ahli Majlis En. Sow Kim Tar @ Sow Kim Ling

Akhirnya Amanat Datuk Bandar, antara ucapannya, bekerja bersama-sama untuk MBSA, walaupun beliau menyatakan tidak tahu apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh warga MBSA.

Seterusnya penyampaian Anugerah Khidmat Setia (Kerja dah lebih 25 tahun)dan penyampaian hadiah 1 keluarga 1 kenangan dan anugerah kualiti.

Makan kali ni ok nasi lemak (betul-betul lemak) ngan 2 ketul kueh dan air mineral.

Sekian jumpa lagi bulan depan. insyaAllah.

Doa menghadapi musuh: "Ya Allah, kami memohon kepadaMu agar dibelengukan tengkuk mereka dan kami berlindung kepadaMu dari kejahatan mereka".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, January 18, 2010

1 Keluarga 1 Kenangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 16 Januari 2010 MBSA menganjurkan hari keluarga san sukaneka yang diberi nama 1 Keluarga 1 Kenangan.


Semua warga MBSA turun padang, majlis didahului dengan Senam Robik di hadapan pentas utama dataran kemerdekaan seterusnya perasmian dan pelancaran dijalankan di padang B dataran kemerdekaan oleh Y Bhg. Dato' Mazalan M Noor.

Diikuti dengan acara melawat Khemah Gabungan. Khemah Gabungan Korporat, Audit dan Stadium memenangi tempat pertama, TAHNIAH,

Terompah Gergasi Gabungan Korporat mendapat tempat pertama, Kukur kelapa tempat kedua, Lastik Tin tempat ketiga, Sepak raga tempat ketiga, batu seremban bungkus, tarik upih tak tertarik, lari dalam guni jadi nangka, congkak merangkak dibuatnya, galah panjang patah,

Tahniah kepada yang menang, cubalagi kepada yang kalah tahun depan, Yahoo meriahnya.

Karnival 1 Keluarga 1 Kenangan

Doa membayar hutang: "Ya Allah, cukupkanlah kepadaku dengan rezekiMu yang halal dan perkayakanlah aku dengan limpah kurniaMu daripada aku meminta kepada yang lain dariMu".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mesyuarat Tazkirah Dhuha Pasar Tani 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Jumaat lepas 15 Januari 2010 jam 9.30 pagi aku di minta hadir kemesyuarat Tazkirah Dhuha di Pasar Tani Stadium Shah Alam di Bangunan SIS (JAIS) Shah Alam. Antara keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:-

Jadual Tazkirah sepanjang tahun 2010 diedarkan kepada ahli mesyuarat. Tazkirah bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, Jadual seperti di bawah:

24 Januari, 28 Februari, 14 dan 28 Mac, 11 dan 25 April, 16 dan 30 Mei, 13 dan 27 Jun, 11 dan 25 Julai, 10 dan 24 Oktober, 14 dan 28 November serta 12 Disember.

MBSA diminta menyediakan Khemah 20'x20' berkipas - 3 unit, meja panjang 1 unit, kerusi plastik 100 unit
Tindakan : Jabatan Korporat.

Menyediakan juruteknik letrik semasa program berlangsung untuk memantau bekalan letrik.

Tindakan : Bahagian Pengurusan Stadium.

Mesyuarat di tangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Doa melihat sesuatu yang baik: "Segala puji hanya bagi Allah yang dengan nikmatNya maka sempurnalah segala amalan yang baik".

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Kerja Tahun 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 4/1/2010 adalah permulaan hari bekerja ku setelah bercuti sakan seminggu.

Aku lewat sikit sampai di pejabat kerana menghantar anak aku kerumah Nenek Amaliah, anak aku tumpang dia pergi sekolah yang sama SMPRZ Pelabuhan Klang.

Jalan hari ini tak jem, mungkin kerana ramai bapa dan emak cuti sebab hantar anak-anak ke sekolah.

Sampai dipejabat aku tengok ada surat panggilan mesyuarat di atas meja aku untuk hadir kemesyuarat pada 31/12/2009, dah lewat sebab aku bercuti pada tarikh tersebut. Mesyuarat tersebut ialah mengenai pertandingan Dam Aji Grand Prix sempena perasmian PAMWNS pad bulan MAC nanti, (sepatutnya yang hadir bahagian sukan kerana tajuk mesyuarat ini memang kena sangat dengan bahagian sukan, nanti bila ditanya masa mesyuarat boleh jawab terus dengan tepat).

Aku pasal dam aji manalah tau sangat tapi aku dah menunaikan fardhu haji akhir tahun 2003.

Jadi tiadalah wakil yang hadir, tunggu ajelah borang penyertaan yang akan dihantar bila-bila masa atau tunggu panggilan mesyuarat kali kedua tak tahu bila.

Doa kepada pemberi sedekah: "Ya Allah, berilah dia akan kefahaman dalam urusan agama".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.