Tuesday, May 3, 2011

MESYUARAT PERTANDINGAN KITAR SEMULA MBSA 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada 29 April hari Jumaat jam 3.30 petang saya diarah untuk menghadiri mesyuarat tersebut di Jabatan Perkhidmatan Bandar tingkat 4.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad bin Nordin (Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan). Antara keputusan mesyuarat ialah:-

Mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan kepada semua Jabatan dan penyewa di bangunan MBSA mengenai Pertandingan Kitar Semula Tahun 2011 yang diurusetiakan oleh Jabatan Perkhidmatan Bandar, antara peraturan dan syarat pertandingan adalah seperti berikut:-
2:1. Pertandingan Kutipan bahan Kitar Semula ini merupakan salah satu Program Jawatankuasa MAMPAN 2011.
2:2. Terbuka kepada semua Jabatan MBSA dan semua Penyewa di Bangunan MBSA.
2:3. Tarikh pertandingan mulai 1 Mei 2011 hingga 31 Julai 2011 (3 bulan sahaja).
2:4. Bahan-bahan yang diterima untuk pertandingan ialah aluminium, plastik dan kertas , bahan lain seperti kaca dan besi juga diterima untuk jualan tetapi tidak dikira untuk tujuan pertandingan.
2:5. Hanya pihak Alam Flora Sdn Bhd. yang dibenarkan datang membuat kutipan di MBSA dan di Pusat Kitar Semula Dewan Jenjarum Seksyen 11, Shah Alam.
2:6. Jadual kutipan ialah pada setiap Rabu minggu terakhir setiap bulan mulai jam 9.30 pagi di Pintu Belakang, Tingkat G, Lift A. Salinan Resit akan dikeluarkan dan kutipan terakhir di Wisma MBSA ialah pada 27 Julai 2011 dan jualan selepas 31 Julai tidak diambil kira.
2:7. Pemenang ditentukan kepada timbangan bahan kitar semula yang tertinggi. Penyelaras di Jabatan Perkhidmatan Bandar ialah Puan Noorulhidayah binti Yeop di sambungan 462 manakala di Alam Flora Sdn. Bhd ialah Cik Norehan di talian 017-6286775.
2:8. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan semasa Majlis Perhimpunan Bersama Datuk Bandar pada bulan Ogos 2011.
2:9. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar sendiri atau faks ke Jabatan Perkhidmatan Bandar di talian 03-5512 7014 sebelum atau pada jam 5.00 petang 10 Mei 2011 (Selasa).
3. Hadiah utama dan saguhati ialah seperti berikut:-
Pertama - RM 1,000.00
Kedua - RM 800.00
Ketiga - RM 600.00
Keempat - RM 400.00
Kelima - RM 200.00
Keenam hingga Kesepuluh - RM 100.00 setiap satu
4. Mesyuarat ditangguhkan jam 4.15 petang.

Sekian wasallam.

Tuesday, April 12, 2011

APC MBSA 2011

Pagi ini 12 April 2011 jam 10.30 majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kakitangan MBSA 2010dan penyampaian sijil pesaraan 2011 di langsungkan di Dewan Bankuet MBSA dengan penuh kilau kemilau, sebab apa sume urusetia terdiri dari kakitangan Jabatan Khidmat Pengurusan dan Aku serta Hayati Yusof (MC) kene sematkan di baju masing-masing bunga ros kertas warna hitam putih yang disapu perada perak.

Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan ketibaan Datuk Bandar, diikuti dengan perarakan masuk penerima anugerah, macam pengantin. diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fauzi Aziz Maamor dan nyanyi lagu negaraku dan negeri selangor dan perkhidmatan awam (saya pun tak ingat melody dan seninkatanya).

Kemudian Datuk Bandar pun berucaplah, beliau menekankan tentang bekerja hendaklah bekerjasama dan ada tegur menegur diantara jabatan, jangan terasa hati bila di tegur oleh jabatan lain. Datuk juga menekankan mengenai 3K iaitu Ketaqwaan, Komitmen dan Konsisten dalam memberikan perkhidmatan, kerana gaji kita sume adalah dibayar oleh pembayar cukai, kalau pembayar cukai tak bayar cukai, kita sume pun tak de gaji lah.

Dari seramai 1,400 kakitangan cuma 102 orang yang telah mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang ini yang terdiri dari peringkat A, B, C dan D. yang pencen tiga orang iaitu Amzah Ibrahim (Korporat), Jamri Sarjuni Kejuruteraan) dan Hj. Abdul Rahman A.Hamid (Penilaian dan PH).

Jamuan makan tghari disediakan secara hidang, takde la berebut atau que beratur kat buffet station nak amik makanan. Semasa makan kami sume dihiburkan oleh Kombo MBSA (Jabatan Korporat) , sume staff nampaknya terhibur dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh penyanyi MBSA. Majlis tamat pada jam 12.30 tengahari.

Thursday, March 3, 2011

PROGRAM MiMBAR DI KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Hari ini 3 Mac 201 jam 3.00 petang dilancarkan program MiMBAr oleh kerajaan negeri di Dewan Taman Pendamar Indah 2 oleh Dato' Menteri Besar Selangor. Kakitangan Jabatan Korporat diminta hadir dengan memakai baju korporat dan bas disediakan.

Antara tujuan program MiMBAR ini ialah:-

Wednesday, March 2, 2011

MESYUARAT BERSAMA PENGARAH KORPORAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada pagi ini 2 Mac 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi di Bilik Mokara diadakan mesyuarat bersama Pengarah Jabatan Korporat.

Antara keputusan dan arahan yang di tegaskan ialah:

1. Mesyuarat ini adalah kali pertama bagi tahun 2011, sebab perjumpaan sebelum ini iaitu pada Januari 2011 adalah khas untuk membincangkan SKT Jabatan sahaja.
2. Perpustakaan mini sedang dalam proses mengemukakan pelan bangunan dan rekebentuk oleh Jabatan Bangunan.
3. Bahagian PRO diminta membuat program pelancaran kutipan bahan bacaan selepas mesyuarat penuh Ahli Majlis pada bulan April dan setiap MPP adalah sebagai pusat pengumpulannya.
4. Perjumpaan dengan Bahagian-bahagian telah dibuat dan yang belum ialah Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Belia dan Sukan.
5. Fuaza diminta sediakan pamplet mengenai Shah Alam untuk di letakkan di kaunter Jabatan sebagai rujukan untuk mencari maklumat mengenai Shah Alam.
6. Teguran mengenai jamuan makan malam MAKSAK, petugas di bahagian VIP hendaklah orang yang senior dan tahu atau kenal DO dan ketua jabatan - jangan berdiri tegak macam tiang ajer atau duduk di bahagian belakang aje. (maknanya jangan letak orang baru bertugas di bahagian PR, macam Nurulke atau yang lain di bahagian VIP).
7. Gelanggang Futsal yang baru diterima oleh Jabatan ialah di Sek. 16, 18 dan 25.
8. Setiap unit minta senaraikan harta alih dan tak alih unit masing-masing dan serahkan kepada Bahagian Pentadbiran untuk tujuan compail.
9. Teguran kepada pengumpul maklumat perancangan strategik supaya dapat menyemak dulu sebelum dipaparkan dalam web, kerana banyak maklumat yang tidak lengkap dan banyak tanda soal ???? . Web ini boleh diasses satu dunia, malu kita nanti.
10. Hairizah diminta mengumpul maklumat mengenai bekalan yang di terima sebelum LO dikeluarkan, kecuali tempahan makanan.
11. Nor Asnani diminta memberi taklimat untuk 'refresh' kepada semua MPP mengenai semua peraturan dan prosedur kewangan kerana maklumat yang disampaikan kepada Ahli Majlis tidak tepat.
12. Shahrulnizam diminta keluarkan surat tunjuk sebab kepada PTO MPP iaitu Rusdi kerana bila di telefon tidak diangkat samada pejabat ataupun telefon bimbit, walaupun panggilan di buat pada jam 10.00 pagi.
13. Ang Leng Kiat MPP Zon 21 buat aduan, PTO ambil duit sewaan dewan tapi duit sewaan tidak dimasukkan dalam akaun MPP.
14.Jaid diminta anjurkan pertandingan boling antara MPP di MITC Melaka, sempena konvensyen MPP di Melaka pada akhir bulan Mac ini.
15. Shahrulnizam diminta dapatkan statistik Ibu tunggal , anak yatim dan miskin di kawasan MBSA.
16. Shahrin diminta ambil gambar kawasan taman/hijau dan buat pemakluman mengenai pembangunan yang dibuat di Shah Alam, kerana masih banyak kawasan hijau dari bangunan yang didirikan.
17. Kenderaan EXORA telah di sumbangkan oleh PROTON untuk kegunaan OKU, Azwa diminta buat 'design' dan paparkan dibahagian badan kenderaan belakang kiri dan kanan sahaja.
18. Hari bertemu Datuk bandar akan dimulai pada 4 Mac 2011 di hadapan kaunter utama dan minta ditambah bilangan khemah. Minum pagi tidak disediakan.
19. Setiap kali majlis atau program yang di buat oleh MBSA, MC yang bertugas hendaklah memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkara yang perlu di buat sekiranya berlaku kecemasan -_macam pramugari dalam kapalterbang tu sila gunakan pintu kecemasan di kiri dan kanan anda.. ha..ha..ha.... lawak aje.
20. Aszalee minta sediakan peralatan pameran di Stadium Malawati sempena karnival sambutan 3 tahun pentadbiran kerajaan selangor. Booth MBSA bernombor 1.
21. Jabatan Korporat akan membuka gerai jualan semasa pertandingan memancing GP Selangor di Tasik Kota Kemuning pada 6 Mac ini. keuntungan jualan akan dimasukkan dalam tabung jabatan (Nor Asnani diminta uruskan) petugas diminta digilirkan antara kakitangan.
22. Ustaz Mohammad akan adakan program Young Khalifah pada bulan Jun di yayasan restu sek.10
23. Pegawai yang menghadiri mesyuarat di luar diminta memaklumkan program yang akan di buat kepada bahagian PR untuk tujuan memaparkan makluman tersebut di LED Board Dataran dan Concorde.
24. Bacaan Yasin Jabatan akan diadakan pada 11 Mac 2011 di Bahagian Kebudayaan.
25. Perhimpunan bulana njabatan akan diadakan pada 14 Mac 2011.
26. Majlis santapan DUN di Concorde pada 28 Mac diminta KOMBO MBSA buat persembahan.
27. Earth hour akan di sambut pada 26 Mac, diminta buat makluman ndan buat aktiviti dengan memadamkan lampu selama satu jam pada malam tersebut.
28. Mesyuarat Agong Puspanita yang akan diadakan pada 14 April, MBSA diminta menyediakan kumpulan Koir.
29. Jaid maklumkan Sukan Kerajan Tempatan akan diadakan di Johor Baharu pada 21 Mac untuk acara Bola Sepak dan Ping pong sahaja.
30. Bahagian Sukan minta memaklumkan kepada semua Ahli Majlis mengenai wang peruntukan dari SUK untuk menjalankan program PeBT telah dimasukkan, dan bolehlah membuat tuntutan program.
31. Program MiMBAR akan dilancarkan esok 3/3/2011 di Dewan Taman Pendamar Indah 2, Pelabuhan Klang jam 3.00 petang dan minta sediakan coaster untuk membawa kakitangan Korporat.
32. Setiap Bahagian mestilah ada kakitangan yang di pertanggungjawabkan dalam menjalankan aktiviti 5S. (tempat Jaid dan Ariffin hancus - kemaskan supaya menang tahun depan)
33. KPI dari semua bahagian mestilah dihantar kepada Hairizah pada 5 hb setiap bulan.
34. CCTV akan dilancarkan operasinya di 24 buah kawasan yang telah dikenalpasti pada 3/3/2011.
35. Aktiviti 5S akan diadakan pada setiap jumaat jam 4 hingga 5 petang, diminta semua melibatkan diri.
36. Pemuzik diminta mengangkat sendiri peralatan muzik yang ringan (contohnya stand notes) semasa mengeluarkan peralatan tersebut untuk membuat persembahan di luar studio, manakala peralatan yang besar dan berat bolehlah dibantu oleh pekerja awam bahagian keraian.
37. Nor Hisham diminta sediakan profile semua pekerja awam dan pemandu untuk dibawa semasa perjumpaan dengan Jabatan Khidmat Pengurusan untuk tujuan penambahan kakitangan.
38. Kerajaan Negeri ada menyediakan pemeriksaan secara percuma untuk Mamogram (untuk orang pompuan aje tau, samada ANAK DARA ATAU DAH NIKAH) di pusat pemeriksaan di Kepong. Pengangkutan disediakan sekiranya ada lebih 20 orang peserta.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Monday, February 28, 2011

MESYUARAT PELAKSANAAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mesyuarat terebut diadakan pada 23 Februari 2011 (Rabu) jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat haji Ali, JAIS, Tingkat 6, Bangunan SIS dan dipengerusikan oleh Al-Fathil Tuan Haji Ali bin Mohamed, Timbalan Pengarah JAIS.

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-
1. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor tahun 1432H/2011M yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 7 hingga 10 Mac 2011 ( Isnin hingga Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam
Perasmian Pembukaan : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
Perasmian Penutupan : DYMM Sultan Selangor

2. MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara iaitu:-
3:1. Membekalkan bunga berpasu di pentas utama.
3:2. Memasang bunting selangor di laluan Tuanku dari Istana Mestika ke Bangunan SSAAS sahaja. Dalam kawasan Jubli Perak akan di pasang oleh SUK sendiri.
3:3. Memaparkan program di paparan LED Dataran Shah Alam dan persimpangan hadapan Hotel Concorde.

3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera.

4. Urusetia program dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Ustaz Shahid melalui talian 017- 6538702.

5. Aturcara program ialah seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2011 - Perasmian
8.00 mlm. - Ketibaan orang ramai/jemputan.
9.00 mlm. - Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
- Bacaan Doa.
- Ucapan alu-aluan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
- Majlis menghafaz Al-Quran dimulakan.
11.00 mlm. - Jamuan/Bersurai.

Tarikh : 10 Mac 2011 - Penutup.
8.00 mlm. - Ketibaan orang ramai/jemputan.
8.50 mlm. - Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
9.00 mlm. - Keberangkatan tiba DYMM Sultan Selangor.
- Sembah ucapan oleh YB SUK.
- Titah ucapan penutupan rasmi DYMM Sultan Selangor.
- Penyampaian hadiah.
- Bacaan Doa oleh SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
- Majlis santapan/Jamuan/Bersurai.

6. Persiapan tempat pada 7 Mac 2011 jam 8.00 pagi dan raptai pada hari yang sama jam 3.00 petang.

7. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

MEYSUARAT PELAKSANAAN AGENDA RAKYAT UNTUK SELANGOR (ARUS)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mesyuarat diadakan pada 23 Februari 2011 (Rabu) jam 10.00 pagi di Tingkat 21, Pejabat YAB Dato' menteri Besar Selangor dan dipengerusikan oleh Puan Faekah Hj. Hussin (Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor).

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-

1. Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan Majlis Pelancaran Agenda Rakyat Untuk Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Mac 2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Tempat : Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor

VVIP : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Jemputan : Anggaran 1,000 orang jemputan

2. MBSA bersama UPEN dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat yang di Pengerusikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan SUK.

3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera dan mengemukakan perbelanjaan kepada pihak urusetia iaitu Puan Tricia Yeoh Su-Wern selewat-lewatnya pada Khamis 3 Mac 2011 untuk semakan dan kelulusan EXCO.

4. Semua PBT diminta menyertai pameran sempena program ini yang akan berlangsung pada 26 Mac 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam.

5. Urusetia program dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Cik Tricia Yeoh Su-Wern melalui talian 012- 6122 100.

6. Cadangan aturcara program ialah seperti berikut:

Tarikh : 26 Mac 2011.

10.00 pagi - Pameran Ajensi Kerajaan dan IKS.

5.00 ptg - Pelancaran Agenda Rakyat untuk Selangor (ARUS) oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

- Sidang Media

7.30 mlm - Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm - Bacaan Sajak oleh Y.Bhg. Dato’ A.Samad Said.

- Ucapan Perasmian Buku Liku-Liku Reformasi oleh

YAB Dato’ Menteri Besar Selanngor.

- Lawatan ke khemah pameran dan jualan.

- Persembahan oleh kumpulan muzik ‘The Society’

- Persembahan wayang kulit oleh Alumni Sekolah Politik Institut Kajian Dasar.

- Bacaab sajak oleh Pyan Habib.

- Ucapan khas oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor).

- Perasmian Penutup oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

- Bersurai.

7. Peralatan untuk pameran boleh dibawa masuk pada 25 Mac 2011 jam 4.00 petang.

8. Mesyuarat kali ketiga akan diadakan pada 8 Mac 2011 dan semua pengerusi diminta membawa maklumat yang lengkap untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari.

MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PAMERAN SEMPENA PELANCARAN BUKU JINGGA DAN SAMBUTAN 3 TAHUN PENTADBIRAN BARU SELANGOR

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada 22 Februari 2011 (Selasa) jam 2.30 petang di Tingkat 19, Bangunan SSAAS dan di pengerusikan oleh En. Ahmad Mahzan bin Bohari, Penolong Setiausaha Bahagian Korporat SUK.

Antara keputusan yang diambil ialah:-

1. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan dan komitmen ahli mesyuarat untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga (3) Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 5 dan 6 Mac 2011 ( Sabtu dan Ahad )

Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

Tempat : Dataran Stadium Malawati, Shah Alam.

2. Semua Jabatan yang hadir bersetuju untuk menyertai pameran tersebut dan peralatan bolehlah dibawa masuk ke tapak awal pagi pada 5 Mac 2011. Perasmian pameran akan dilakukan oleh YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali pada jam 10.30 pagi 5 Mac 2011 di tapak pameran.

3. ‘Booth’ akan diberi percuma yang berukuran 10’x10’ dengan dilengkapi satu unit ‘plug point’, sebuah meja dan dua buah kerusi. Pelan Lakar dan penetapan ‘booth’ untuk peserta akan di tentukan oleh urusetia iaitu Jabatan Korporat SUK pada minggu hadapan dan surat akan diedarkan kemudian.

4. Antara tugas MBSA ialah:

5:1. Membuat kawalan di tempat pameran selepas tamat waktu pameran pada 5 Mac 2011 sehingga awal pagi 6 Mac 2011.

5. Urusetia bagi program ini ialah Bahagian Korporat SUK dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Ahmad Mahzan Bohari melalui talian 012-6468656 .

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.