Tuesday, April 13, 2010

KRITERIUM SHAH ALAM 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 11 April 2010 Kejohanan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam bagi merebut Piala Datuk Bandar Shah Alam telah dijalankan di sekitar Tasik Shah Alam. Y.Bhg. Dato' Mazalan Mohd Noor, Datuk Bandar Shah Alam telah sudi menyampaikan hadiah.

Sebanyak 16 kategori mengikut umur dipertandingkan dan disertai oleh semua persatuan Lumba Basikal seluruh Negara, Sarawak dan Solo Indonesia. Ketua Komisar Saudara Zulaihi Seri dari Sarawak.

Photoshot Sekitar persiapan tempat permulaan dan penamat pada malam 10 April 2010.
Kerja-Kerja Memasang Pintu Gerbang MULA/TAMAT Kerja-Kerja Memasang Khemah VIP Berpentas
2 unit Khemah Pelumba Siap di Pasang
Khemah VIP sedang dipasang Carpet
Pintu Gerbang siap dipasang
Khemah VIP siap dihias
Staff kepenatan selepas siap kerja-kerja pemasangan dan hiasan
Staff Keraian sedang bincang nak claim ke tidak OT, kerja teruk ni.

Rakaman Gambar semasa kejohanan berlangsung.

Khemah Urusetia dan Pendaftaran Pandangan khemah rehat Pelumba Kedudukan khemah Kecemasan dan Perubatan Pandangan dari Khemah VIP Lead Car di hadapan khemah Urusetia Mohd Zonis Mokhtar Pegawai Teknikal PLBS Khemah Pegawai Teknikal Bersedia di garisan permulaan Kategori Remaja bersedia untuk berlumba Kategori Tertutup Shah Alam sebagaimana kehendak Datuk Bandar Shah Alam tidaklah mengecewakan, ada juga pesertanya walaupun ciput aje Dari kiri Mohd Ariffin Saleh (Pen. Setiausaha PLBS) Zulaihi Hj Seri (Ketua Komisar) Mohd Nasir Mokhtar (AJK PLBS) Uncle (MSN Selangor) Ahmad Nazali Talib (Jurulatih MTB Kebangsaan)
Juara keseluruhan telah dimenangi oleh Pasukan Lumba Basikal Terengganu.

Terimakasih kepada Datuk Bandar Shah Alam yang telah setuju mengadakan kejohanan tersebut, tahun depan InsyaAllah akan diadakan dengan lebih meriah lagi.

Doa berhenti disuatu tempat persinggahan: "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari segala bahaya yang telah dijadikan".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, April 5, 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN TILAWAH AL-QURAN DAERAH KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 5 April 2010 jam 2.30 petang saya hadir di Mesyuarat Pelaksanaan Tilawah Al-Quran Daerah Klang di masjid As-Solihin, Padang Jawa dipengerusikan oleh Ustaz Nordin bin Bayadi (PAID Klang) Antara keputusan mesyuarat dan MBSA di minta membantu dalam beberapa perkara:-

Tarikh : 16 April 2010 (Jumaat)
Masa : Mulai jam 7.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Masjid As-Solihin, Padang Jawa, Shah Alam.
Perasmian : YB. Dato Dr. Haji Hassan bin Mohamad Ali - EXCO Selangor.
MBSA diminta:
1. Karpet Merah saiz 20' x 12' untuk pentas Qari dan perasmian.
2. Rostrum 1 unit.
3. Khemah berlampu dan berkipas 4 unit.
4. Kerusi Plastik 200 unit.
5. Tandas bergerak 2 unit.
6. Tong sampah secukupnya.
7. Bunga hiasan berpasu secukupnya.
8. Membuat kawalan penguatkuasaan tem,pat letak kereta.
9. Memberi kebenaran memasang banner di simpang masuk ke Padang Jawa.
10.Memastikan kebersihan di kawasan luar masjid.

Pemasangan khemah pada pagi Khamis.
Memastikan chargemen standby semasa majlis berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Doa ketika pulang dari musafir: "Ya Allah, Kami semuanya telah selamat kembali, bertaubat, beribadah dan memuji syukur kepadaMu".

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 16, 2010

MESYUARAT J/K INDUK PELANCARAN PAMWNS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam 15 Mac 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Semarak Api, Tkt. 2, Bangunan SSAAS diadakan mesyuarat J/kuasa Induk Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (dulu Muzium Sultan Alam Shah) yang dipengerusikan oleh YB. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor. Pelancaran ini akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada 24 April 2010 jam 9.00 malam di Stadium Malawati Shah Alam, Antara tugas dan tanggungjawab MBSA ialah:
1. Menjadi salah seorang AJK Jawatankuasa Logistik dan Pengangkutan bersama JKR dan Kontraktor terbabit serta badan NGO's yang lain.
2. Memastikan pentas dan peralatan lain telah siap dan boleh diguna pada 21 April 2010 untuk tujuan raptai penuh pada malam 23 April 2010.
3. Lawatan tapak akan diadakan pada petang Rabu 17 Mac 2010 dan masanya akan dimaklumkan kemudian oleh YB Dato' Pengerusi, kerana pada masa tersebut ada juga Mesyuarat EXCO dan Parlimen bersidang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Doa menyambut kepulangan musafir: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanmu dan yang telah menemukan kembali kekuatan kita dengan kepulanganmu ini".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, March 10, 2010

MESYUARAT FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT DAERAH PETALING 2010/1431H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 10 Mac 2010 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Tkt. 6, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam dan di Pengerusikan oleh Al-Fathil Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan, PAID Petaling telah di adakan satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Petaling yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : Lepas solat maghrib
Tempat : Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh.
Moderator: YB. Dato' Dr. Hj. Hassan bin Mohammad Ali
Panel : Y.Bhg. Dato' Hashim Yahya
: Y.Bhg. Dr. Mohd. Azhar Yaakub

Jemputan dijangka seramai 2000 orang.

MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara, antaranya ialah:-
1. Menghantar bunga berpasu untuk pentas Forum dan pentas VIP.
2. Menyediakan Penguatkuasa yang secukupnya untuk mengawal lalulintas dan tempat letak kereta VIP dan orang awam.
Tindakan : Pejabat Cawangan Sungai Buloh.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Doa ketika timbulnya pemikiran jahat: "Aku berlindung padaMu ya Allah dari gangguan syaitan dan aku beriman kepadaMu dari RasulMu".

Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, March 8, 2010

ZIARAH STAFF DI HTAR KLANG

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jam 12.30 tengahari saya bersama 2nd boss Nani dan Zain Azmir serta pilot setia Sazalee menziarahi Encik Masher Saje pemandu lori jabatan yang telah dimasukkan ke Wad 8A HTAR Klang kerana mendapat serangan "stroke" ( angin ahmar dalam bahasa melayu ).

Sampai di sana beliau ditemani oleh isteri tersayang, kami dimaklumkan bahawa beliau mendapat serangan tersebut pada Jumaat sebelah pagi dan terus dihantar ke HTAR oleh anak sulung lelakinya (yang nak bernikah pada petang Jumaat). Majlis pernikahan berjalan juga kerana telah diatur begitu rupa oleh pihak perempuan.

Majlis kenduri menyambut menantu di rumah Encik Masher pada 14 Mac, 2010, semua kakitangan Jabatan Korporat dijemput hadir.

Doa menghaindari kejahatan diri: "Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu dari kejahatan, akhlak buruk dan tertipu dengan godaan syaitan".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 2, 2010

MESYUARAT SYARAHAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN DUA TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 2 Mac 2010 jam 3.30 petang diadakan mesyuarat di atas di Bahagian Korporat SUK dan di Pengerusikan oleh Encik Muhammad Hanafi bin Ahmad (SU Bhg. Korporat)
Mesyuarat hari ini adalah untuk menyelaraskan persediaan Majlis Syarahan Perdana Sempena Sambutan Dua Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Mac 2010 ( Isnin )
Masa : Jam 8.30 malam
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.
Tetamu Khas : YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor)
dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
Jemputan : 2000 orang
3. MBSA diminta memberi kebenaran menggunakan Stadium Malawati pada masa tersebut hingga jam 11.00 malam kerana pada sebelah petang diadakan majlis penyampaian watikah JKKK..
Tindakan : Bahagian Pengurusan Stadium

4. Anggota Penguatkuasa MBSA diminta untuk membuat kawalan ditempat letak kereta VIP dan orang awam.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

5. MBSA juga diminta untuk mengarahkan peniaga menjual makanan di tempat letak kereta atau tempat yang sesuai semasa program berlangsung dari petang hingga malam.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

6. MBSA diminta agar tidak mengambil balik hiasan bunga di pentas utama kerana setelah majlis penyampaian watikah selesai ia akan disambung semula hingga malam untuk majlis tersebut di atas.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

7. Urusetia untuk dihubungi ialah Encik Ahamad Mahzan Bohari Tel: 012-6468656

8. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Doa menyembuhkan demam: "Katakanlah, wahai api, jadilah engkau dingin dan selamatkanlah Ibrahim".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PERHIMPUNAN BERSAMA DATUK BANDAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ini 2 Mac 2010 jam 8.00 pagi di Auditorium MBSA diadakan majlis Perhimpunan Bersama Datuk Bandar yang di hostkan oleh Jabatan Korporat.

Antara pengisiannya adalah pra pelancaran sambutan ulangtahun bandaraya shah alam kali ke 10. Ada banyak aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan ulangtahun bandaraya ini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MBSA.

Kali ini perhimpunan yang paling cepat, jam 9.00 pagi dah selesai semuanya.

Doa Pelayaran: "Dengan menyebut namaMu di waktu belayar dan waktu berlabuh, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.