Tuesday, December 22, 2009

Mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam (21/12/2009) jam 2.30 petang aku menghadiri mesyuarat di Muzium Shah Alam. Laporan seperti di sertakan:

LAPORAN:

Pengerusi Mesyuarat: Y. B. Dr. Che Rosli bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS).

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ini akan di sempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada bulan Mac 2010 di perkarangan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

3. MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-
a) Menghias pentas di raja dengan ‘cut flowers’ dan pasu bunga disekitar pentas tersebut dan kemah tetamu/jemputan.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

b) Memasang bendera dan bunting Negeri Selangor di kawasan perkarangan Muzium dan laluan DYMM ke Muzium.
Tindakan : Jabatan Korporat

c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan muzium dan perpustakaan semasa acara berlangsung.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

d) Menyediakan tong sampah beroda yang mencukupi di kemah-kemah jualan dan pameran serta di kemah jamuan.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar

4. Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 15 Januari 2010 (Jumaat) jam 3.00 petang di tempat yang sama. Pengerusi meminta MBSA menghantar Encik Mohd Zulfahmee bin Ismail (Pegawai Kebudayaan MBSA) untuk menghadiri mesyuarat tersebut, kerana beliau mahir mengenai adat istiadat diraja/protokol istana.
Tindakan : Jabatan Korporat

Nampak gayanya macam Lembaga Muzium Selangor dah tak ujud lagi. Walau bagaimanapun tahniah Kerajaan PR Negeri Selangor atas perubahan nama tersebut, individu yang bertugas masih sama aje.

Doa Pengantin: "Semoga Allah memberkati kamu dan keberkatan ke atas kamu berdua serta segala sesuatu di antara kamu berdua dengan kebajikan".
Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, December 16, 2009

AL-FATIHAH BUAT AZUDDIN JILI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam pagi sesampai di pejabat saya dapat makluman mengatakan Azuddin Jili salah seorang ahli muzik MBSA telah meninggal dunia pada lebihkurang jam 4.00 pagi.

Kami semua satu jabatan menziarahi jenazah allahyarham, juga disertai oleh kakitangan dari jabatan-jabatan lain.

Setelah disolatkan jenazah di bawa terus ke Kuala Kangsar tempat kelahiran allahyarham dengan diringi oleh beberapa staff korporat diketuai oleh En Jaid Idham Idiris.

Wahai teman-teman bantulah keluarga allahyarham yang semampunya oleh kita.

Antara adab-adab menziarahi kematian.

Doa Ketika Melihat Jenazah



Subhanal hayyil lazi la yamutu. Allahummagfir lihazal mayyiti warhamhu wa anis fil qabri wahdatahu wa gurabatahu wa nawwir qabrahu.

Artinya: “Maha suci Zat Yang Hidup yang tidak akan mati. Ya Allah, ampunilah mayit ini dan sayangilah dia, dan temanilah dia di dalam kesendirian dan keasingannya di dalam kubur, dan terangilah kuburannya.”

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 185 yang tafsirnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada siapa pun yang dapat lari daripadanya. Mati bererti bercerai nyawa dari badan ataupun berpisahnya roh dari jasad. Inilah perpindahan pertama manusia dari alam dunia, seterusnya manusia akan berpindah pula ke alam barzakh (alam kubur) iaitu tempat roh-roh orang mati menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar.

Apabila sesebuah keluarga ditimpa kesusahan atau musibah seperti kematian, maka kita yang hidup ini perlulah bersimpati dan membantu meringankan beban kesusahan yang menimpa mereka. Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang sunat dilakukan apabila berlaku kematian, seperti:

1. Disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.

Takziah ialah menyatakan kepada orang yang ditimpa musibah tersebut agar bersabar, menyebutkan janji pahala kepada orang yang bersabar dan memohonkan keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati.Suruhan bersabar juga bertujuan menguatkan semangat ahli keluarga supaya meneruskan hidup dan redha dengan ajal dan maut ketentuan Allah.Menurut Imam Syafi‘e sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati sebelum mayat tersebut dikuburkan kerana ketika itu keluarga si mati dalam keadaan sedih dan gelisah.Sunat mengucapkan takziah itu dalam lingkungan tiga hari, sebab menurut kebiasaannya kesusahan itu tidak lebih dari tiga hari. Maka makruh hukumnya jika ucapan takziah itu dilakukan lebih daripada tiga hari,kerana ditakuti selepas tiga hari itu akan memperbaharui kesedihan seseorang itu.

2. Tidak menangisi kematian dengan keterlaluan"Sesungguhnya mayat itu diseksa dengan sebab tangisan (ratapan) ahli keluarga ke atasnya."(Riwayat Al-Imam Bukhari).

3. Menghantar makanan kepada ahli si mati untuk meringankan kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah perbuatan yang sebenarnya yang wajar dilakukan dan digalakkan oleh Islam. Perkara inilah yang disuruh oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila Baginda menerima berita kematian Ja'afar Ibnu Abi Talib, sebagaimana sabdanya yang maksudnya:"Dari Abdullah ibnu Ja'afar katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja'afar yang telah meninggal, kerana telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk disebabkan ditimpa kematian itu."(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4. Membaca doa :Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada ridha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.





Balik dari rumah allahyarham aku jalan kaki merentas jalan raya dan tasik kerana kenderaan telah meninggalkan aku, dia orang ingat aku ikut menghantar jenazah ke KK.
Dalam perjalanan aku melintasi tasik, ramai mat rempit lepak di pondok sekitar tasik dan aku melintas di pondok yang ada di tengah tasik berhampiran restoran tasik terapung, aku berlari ke pondok tersebut sebab aku ingat terbakar sebab dari jauh takde orang dan nampak asap berkepul-kepul naik, saya dah ingat vandalism aje, bila dah dekat baru nampak ada seorang tu pakaian kotor baring atas bangku dalam pondok tu sambil menghisap apa aku tak tau, sebab asapnya macam nak bakar pondok, aku tertoleh-toleh gak manalah tau ada renjer taman, tapi takde, aku pun angkat kaki sebab aku sorang aje, dia hisap sambil baring selambe dek aje, padang kat aku pun idak, aku terus bergerak balik ke opis melalui restoren tasik terapung. mengah jugak le sampai opis, berpeluh ketiak tau, bagus untuk eksesais.

Doa apabila melihat musibah: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari penyakit yang mana kamu telah diuji dengannya dan juga telah mengurniakan limpah kurniaNya yang nyata kepadaku melebihi dari kebanyakan orang,"

Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, December 10, 2009

MEYUARAT MAAL HIJRAH MASJID NEGERI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bersama-sama ini disertakan minit mesyuarat tersebut untuk tindakan Jabatan yang berkaitan.

Pengerusi (Timbalan Pengarah JAIS) mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Program Minggu Dua’t dan Karnival Maal Hijrah 1431H adakan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 17 hingga 20 Disember 2009 ( Khamis hingga Ahad )

Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Dataran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Shah Alam.

Perasmi : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Penutup : YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali (EXCO)

3. MBSA ditawarkan sebuah “ booth “ berukuran 10’ x 10’ untuk menyertai pameran selama 4 hari dalam program tersebut. Surat tawaran akan dihantar kemudian.

4. MBSA juga diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-

a) Membuat perhiasan dengan meletakkan pasu bunga di bawah pentas utama di Dataran Masjid.

Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

b) Memaparkan program di LED Board di Dataran Shah Alam dan persimpangan lampu isyarat Hotel Concorde.

Tindakan : Jabatan ICT

c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan masjid sepanjang program berlangsung.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

d) Menyediakan tong sampah besar statik sepanjang program dan pembuangan sampah dibuat setiap hari serta menyediakan beberapa tong sampah beroda di khemah-khemah jualan dan pameran.

Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar

e) Perasmian pada 17 Disember 2009 jam 5.30 petang oleh YAB Dato’ Menteri Besar, diminta semua persiapan diselesaikan pada jam 12.00 tengahari.

5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang


Sila ambil tindakan segera.

Doa Adam dan Hawa setelah keluar dari Syurga: " Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, mescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi. "
Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MESYUARAT MAAL HIJRAH JAIS 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Minit mesyuarat disertakan bersama-sama ini untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.

LAPORAN:

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.

2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Program Minggu Dua’t dan Karnival Maal Hijrah 1431H adakan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 17 hingga 20 Disember 2009 ( Khamis hingga Ahad )

Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam

Tempat : Dataran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

Shah Alam.

Perasmi : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Penutup : YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali (EXCO)

3. MBSA ditawarkan sebuah “ booth “ berukuran 10’ x 10’ untuk menyertai pameran selama 4 hari dalam program tersebut. Surat tawaran akan dihantar kemudian.

4. MBSA juga diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-

a) Membuat perhiasan dengan meletakkan pasu bunga di bawah pentas utama di Dataran Masjid.

Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

b) Memaparkan program di LED Board di Dataran Shah Alam dan persimpangan lampu isyarat Hotel Concorde.

Tindakan : Jabatan ICT

c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan masjid sepanjang program berlangsung.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

d) Menyediakan tong sampah besar statik sepanjang program dan pembuangan sampah dibuat setiap hari serta menyediakan beberapa tong sampah beroda di khemah-khemah jualan dan pameran.

Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar

e) Perasmian pada 17 Disember 2009 jam 5.30 petang oleh YAB Dato’ Menteri Besar, diminta semua persiapan diselesaikan pada jam 12.00 tengahari.

5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang


Silalah ambil tindakan segera kepada yang terlibat.

Doa Nabi Noh: " Wahai Tuhan, turunkanlah aku ditempat turun yang berkat dan sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat ".

Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, December 2, 2009

Mesyuarat Konvensyen Pendidikan Islam 2009

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jam 10.00 pagi Aku diarahkan menghadiri mesyuarat di atas di Bilik Kekwa Tingkat 5, SUK.

Pengerusi mesyuarat Y.Bhg. Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam - Vice President/DVC
(Student Affairs) UNISEL. Tujuan mesyuarat ialah membincangkan aspek keperluan teknikal
untuk program tersebut yang akan di adakan pada 8 Disember 2009 di Kompleks Belia dan
Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, mulai jam 8.00 pagi. Kehadiran dijangka seramai 800 - 1000 orang dan perasmian dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.

Antara tugas-tugas MBSA ialah:
1. Membantu menghias pentas dan pintu masuk dewan dengan pasu bunga.
Tindakan Jbtn. Taman dan Rekreasi.

2. Membuat kawalan keselamatan serta tempat letak kereta semasa kehadiran YAB MB.
Tindakan Jbtn. Pelesenan dan Penguatkuasaan.

3. Memberi pengecualian bayaran permit banner dan bunting serta menggantung di tempat
yang sesuai.
Tindakan Jbtn. Pelesenan dan Penguatkuasaan serta Jbtn. Korporat

Mesyuarat tamat jam 12.15 tengahari - ada makan lagi tu.

Selamat mengambil tindakan kepada Jabatan terlibat.

Doa Nabi Yunus dalam perut Ikan: " Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau ya Allah, Maha suciMu dari melakukan sebarang aniaya, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiayai diri sendiri ".
Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ziarah staff di DEMC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semalam lebih kurang jam 2 petang aku bersama Yati dan Fizah ke DEMC Sek. 9 setelah mendapat izin keluar kejap dari Pengarah, melawat sahabat dari jabatan undang-undang, Mohd Isa Puta dan Isterinya (Mariam).

Mohd Isa Puta kena kencing manis, dua jari kakinya sebelah kiri dah tak terasa bila di cucuk oleh doktor, Doktor memaklumkan kepadanya mungkin kakinya terpaksa dipotong paras buku lali untuk mengelakkan jangkitan, semuanya terpulang kepada ALLAH Maha Berkuasa. Tapi Isa masih tabah dan releks aje nampaknya.

Isterinya dimasukkan kerana kekurangan darah (katanya ada masalah fibroid yang telah dikesan lebih awal semasa mendapatkan rawatan di Hospital TAR Klang), semalam proses memasukkan zat besi untuk menambah darah sedang berjalan semasa aku datang melawat.

DOA MENZIARAHI ORANG SAKIT DAN JAMPI UNTUK MENGUBATINYA

ﻻَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاء الله

.DOA MENGHILANGKAN SAKIT PADA BADAN

بِسْمِ الله 3x , أَعُوْذُ بِالله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَاْ أَجِدُ وَأُحَاْذِرُ 7x


MANUSIA sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.

Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.

Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.

Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.

Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.

Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.

Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."

Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."

Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."

Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.

Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.

Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.


Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh beliau dan isterinya serta semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di muka bumi ini. Amin

Doa Nabi Ayub: " Sesungguhnya aku ditimpa penyakit sedangkan Engkau sahajalah yang lebih mengasihani daripada segala sesuatu yang mengasihani ".

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, November 30, 2009

Majlis Qurban di Bengkel MBSA Sek 17

Assalamualikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi ni 2 ekor lembu di korbankan di bengkel MBSA seksyen 17,

Alhamdulillah semua berjalan lancar, sup sangat sedap sampai tak cukup,
Al-Ustaz Sharulnizam Mohd Salim pegi sana ingat nak rasa sup,
malangnya dah selesai, yang ada sup ceker Pak Mal di seksyen 11.

Doa Nabi Ibrahim: " Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku anak yang tergolong daro golongan orang-orang yang soleh ".

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, November 25, 2009

Mesyuarat Badan Dakwah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Semalam petang jam 3.00 mesyuarat Badan Dakwah mengenai persiapan majlis Qurban MBSA yang akan diadakan pada 30 Nov 2009 di Bengkel MBSA Seksyen 17 (hari Senin tu).

Tetap hanya ada 2 ekor lembu sahaja.

Semua AJK minta hadir untuk kerja-kerja melapah dan pembungkusan.

Doa Nabi Zakaria: " Wahai Tuhan, kurniakanlah kepadaku di sisiMu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar akan doa permohonan ".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, November 24, 2009

Al-Fatihah buat arwah Nuraheida ICT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Semalam pagi kul 9 bertolak ke Kg. Jana Baru, Taiping dekat kem RAMD batalion ke ? , dekat kem tahanan ISA kemunting bersama kakitangan MBSA naik bas besar menziarahi jenazah almarhumah Puan Norahieda binti Emaknya yang telah kembali kerahmatullah pada 22 Nov 2009 pada jam +-4.30 petang kerana sakit yang tidak tahu sebab dan puncanya. Doktorpun tak tahu nak mengesahkan sakitnya.

Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
Surah Ya Siin ayat 12

Sampai sana +- kul 12.30 tghari, jenazah sedang dimandikan, kemudian dibawa ke masjid kampung tersebut dan di sembahyangkan selepas solat zohor oleh ramai jamaah lebih dari 100 orang termasuk staff MBSA.

Tanah perkuburan di sebelah rail keretapi, jadi kami jalan kaki dari masjid ke tanah perkuburan, jenazah dibawa menaiki van melalui jalan lain yang agak jauh yang melalui satu lagi kawasan perumahan. Tiba di tanah perkuburan yang ramai staff MBSA, kerja mengangkat jenazah dari van ke liang lahad hinggalah menutup lahad dan mengiringi bacaan talkin dilakukan oleh kebanyakkan staff dan 3 orang Ahli Majlis iaitu En. Kamaruzzaman, En. Harris dan En Manaf, Pengarah pun ada juga Haji Rosli Bakar, Pn. Shamsiah dan ramai lagi Pegawai, Alhamdulillah, begitulah prihatinnya staff MBSA bila berlaku kematian sume turun, kalau ada DB mesti dia suruh staff bahagian agama stay kat taiping untuk buat kenduri tahlil 3 malam beturut-turut.

Kami bertolak balik dan sampai di pejabat kul 7.20 malam sebab highway jem, jalan sedang dibaiki serta hujan. Berhenti sekali makan tengahari, makan nasi lemak bilis ngan ikan masin dan teh O panas RM2.00 cukup murah di hentian sebelah taiping.

Kami doakan semoga roh almarhumah di tempatkan disisi Allah S.W.T bersama-sama roh tabi'ie dan tabi'ien . Al-fatihah.

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Surah Ya Siin Ayat 81

Doa menghadapi perjuangan: "Wahai Tuhan, ampunilah dosa dan perbuatan kami yang melampau-lampau dalam urusan kami, teguhkanlah pendirian kami dalam perjuangan dan bantulah kami mencapai kemenangan ke atas kaum yang kafir".
Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, November 19, 2009

Program Ceramah dan Qurban Badan Dakwah MBSA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Badan dakwah MBSA akan menganjurkan ceramah bulanan pada 20/11/2009 di dewan Bankuet mulai jam 8.30 pagi dan program Qurban pada 30/11/2009 di Bengkel MBSA seksyen 17.

"Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
Surah Al-Hajj ayat 28

Semua warga MBSA di jemput hadir ke ceramah. manakala AJK diminta bertugas untuk program Qurban. Surat pelepasan waktu bertugas dah diluluskan oleh TDB Mohtar Hani, Tima kasihhhhh.

Doa anak ke atas kedua Ibubapa: " Wahai Tuhanku, cucurilah rahmatMu ke atas kedua ibubapaku sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara, mendidik dan membesarkanku."

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, November 18, 2009

DB betolak ke Makkah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Petang ni kul 2.30 ptg pengarah dan pegawai kanan korporat serta AM menghantar DB dan keluarga ke KLIA, sebab nak bertolak menunaikan haji ke Makkah.

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Surah Al-Hajj ayat 26 dan ayat 27

Semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air dan mendapat haji yang mabrur, insyaAllah.

Doa mohon diperteguhkan Iman: " Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami dan sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang amat melimpahruah pemberianNya ".

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, November 16, 2009

Opis lenggang aje

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi senin yang ceria ni tetiba jadi cam negeri cerita dulu-dulu di landa geroda senyap aje,
Bila aku tanye Zirah rupanye ramai yang cuti kerana penat semalam wat bengkel kat Eco Resort Janda Baik.

Bengkel yang sukses kate yang ikut serta, tahun depan buleh wat lagi.

Doa Umat Muhammad: " Ya Tuhan, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti RasulMu. Oleh tiu masukkanlah kami dalam golongan mereka yang menjadi saksi tentang ke EsaanMu. "

wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saturday, November 14, 2009

Bengkel Halatuju PeBT di Dusun Eco Resort

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi tadi semua Fessey (bos-bos korporat) bertolak ke Dusun Eco Resort kat Janda Baik Pahang untuk memulakan bengkel kepada semua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPP Zon1 hingga Zon 24 (panggil 50 orang tapi datang 25 aje) kos/belanje mahal tu.

Dia orang akan balik pejabat esok pas makan tengahari.

Slamat menjalankan bengkel..........................kepada fessey.

Doa mohon petunjuk: " Ya Allah, tunjukkanlah aku kepada jalan kebenaran dan lindungilah aku dari segala kejahatan jiwaku ".

Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, November 13, 2009

Mesyuarat Penyerahan Lembu Korban Kerajaan Negeri Selangor

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Baru balik dari meeting di PNSB mengenai persiapan majlis penyerahan lembu korban oleh kerajaan negeri dan PNSB yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009 ( Isnin )
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Teratai, Seksyen 19, Shah Alam.
VIP : YAB Dato' Menteri Besar Selangor.


Aturcara ialah penyerahan cek kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah (Kadi), Jemputan seramai 500 orang. ( Nazir masjid seluruh selangor, JKKK seluruh selangor Ketua Jabatan dlll )

Tugas MBSA antaranya ialah:

1. Jabatan Perkhidmatan Bandar sediakan tong sampah 10 unit.
2. Jabatan Taman dan Rekreasi sediakan pokok pasu hiasan di atas pentas dan rostrum.
3. Jabatan Korporat sediakan PA System, 2 stand MIC
4. Jabatan Penguatkuasaan kawalan parking dalam pagar kawasan dewan dan luar kawasan
dewan ditepi jalan sebelah kedai.
5. Jabatan Kejuruteraan Letrik minta ' standby charge man' di dewan kalau berlaku balckout.
6. Jabatan Penilaian minta pasang sinki basuh tangan di toilet lelaki.
7. Jabatan Penilaian minta baiki exhaust fan dan ganti bulb lampu di atas pentas 2 unit.

Banyak gak tugas MBSA ni bila MB nak turun padang.

Sette, coffee table, rostrum ngan carpet laluan tugas JKR ( En. Nazri Abu )

Pengerusi Mesyuarat Tuan Haji Nor Azman Kusin (Pengurus Perancangan dan Pembangunan Projek )
Mesyuarat tamat jam 4.20pm.

Doa mensucikan jiwa: " Ya Allah, kurniakanlah ketakwaan pada jiwa kami dan sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik Penyucian, Penolong dan Pelindung jiwa kami ".

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pelawat dari Suroboyo

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi ni ada wisata dari Suro Boyo seramai 7 orang di ketuai oleh Drs Arief Boediarto,
Kepala Satuan Polisi Pamong Praja ( Ketua Bahagian Penguatkuasaan Penjaja Tanpa Lesen )

Selamat berwisata.

Doa dalam kecemasan: " Ya Allah aku berlindung dengan kalimat Allah yang Maha sempurna. Semoga aku jauh dari seksaan dan murkaNya serta jauh dari kejahatan hambaNya dan dari godaan syaitan. "

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rekod dalam data HRMIS

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi Jumaat yang penuh keberkatan,
Pagi yang penuh limpahan rahmat,
Pagi yang penuh ape lagi yek, tak kesahla tu.

Pagi ni sampai je opis kul 7.01 am atas meja dah ada MEMO
dari Pengarah minta lengkapkan data/maklumat dalam HRMIS,

Kalau tak silap akula, aku dah isi suma maklumat tu tempohari
Tapi masalahnya sistem tak nak "accept" akunya maklumat harta,
Tapi takpelah aku cuba isi hari ni kat Sumber Manusia.

Semoga berjaya. Insya Allah, Amin.

Ni nak ' share ' sikit, malam tadi mesyuarat agong mejid kg aku
berjalan lancar, di rasmikan oleh Al-Fathil Ustaz Kheirul Farid b Mahmud
Pegawai Penyelaras Masjid-Masjid Daerah Klang dari PAID Klang.
Mula kul 7.30pm tamat jam 9.00pm.

Terima kasih sume penduduk kariah yang hadir.

Doa Apabila Melihat Musibah: " Segala puji bagi Allah yang memberi keselamatan padaku dari ujian yang diberikan pada mereka. Semoga Allah memberikan kebajikan padaku atas semua makhluk dengan kebaikan yang lebih. "

Wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, November 12, 2009

Pelawat OIC

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ni Pelawat OIC datang ke MBSA,
Ada 3 orang ( 1 L + 2 M ) nak tumpang solat kat korporat,
1 M aje yang solat sebab di orang putrajaya.
yang 1L dan 1M lagi tak solat, sebab mereka
kata nak jamak aje, sebab dia datang dari arab.

kira betulla tu kan.

Doa memohon diterima amal ibadat: " Wahai Tuhan, terimalah amal ibadat kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang ".

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, November 11, 2009

Kaji selidik panel klinik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Pagi ni datang lewat sikit kul 7.11am,
mula-mula aku nak isi borang kaji selidik Klinik Panel

Klinik A B C D E F G H I J K
NORZILA 4 4 4 4 2 3 4 3 4 2 4
Dr. JAAFAR 3 3 4 4 5 4 4 3 4 2 4

Ini lah penilaian aku, satu kat Klang dan satu lagi kat S.Alam,
aku pilih dua sebab klinik ni aje aku selalu pegi, tapi kalau boleh
tambah satu lagi panel klinik 24 jam kat Pelabuhan Klang ok jugak,
kalau emergency malam dekat sikit ngan umah aku, cadangan aje ni.

Aku nak bagitau pada 20/11 aku cuti sebab anak sedara kawin dan cucu sedara
berkhatan. Pagi ni minum Kopi Arab ngan susu kambing, mahal tu satu sachet
regenya rm2.00, tapi aku beli guna vocer e-mart aje, nak tau camna
dapat vocer e-mart sila cal 013-3822427 untk keterangan lanjut.

Doa Memohon Rahmat Allah: " Wahai Tuhan kami, kami menganiaya diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberikan rahmatMu kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi ".

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, November 10, 2009

Mesyuarat Jabatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Mesyuarat jabatan mula 9.30 pg.
Biasala aku baca umul kitab mulakan mesyuarat.

Program Kuliah Maghrib kat umah DB 12 Nov
aku cuti sebab mesyt agong mejid kg. aku,
aku s/u merangkap pengacara majlis pada hari dan waktu yang sama,
Tapi kat umah dato' ni kuliah special sikit sebab dia nak
wat tahlil dan yasin skali, nak g haji, mungkin kenduri dapat anugerah dato' juga,
tarikh dato' g haji aku tak tau. Shahrul nizam jadi MC, Aszalee muazzin,
makan minum jamuan cam biasa rahimahla kena.

Program lain Ceramah Agama di Bankuet pada 20 Nov
bersama Jbtn Khidmat Pengurusan Ustaz An Wan Sin,
Korporat kena jemput TDB, AM dan Pengarah serta Kump A
ceramah 8.30 pagi mula jadi kow orang sume kena datang jam 8 kot.
Shahrul Nizam kena jadi MC pada hari ceramah ni.

Seterusnya Majlis Korban anjuran Badan Dakwah di Bengkel
seksyen 17 pada 30 Nov. Ada 2 ekor aje lembu, Dia orang mintak minum pagi dan makan
tengahari korporat taja, tapi pengarah kate mintak kat Jabatan Khidmat
Pengurusan, Lepas ni aku nak g maklumkan ngan Ustaz Zamri Pengerusi Badan Dakwah.

Pengarah maklumkan sekarang musim hujan dah sampai, jadi sume pegawai
kena alert, tepon jangan off, ada call jawab, suruh datang, datang la.

Mesyuarat tangguh jam 12.05 tgh.

Doa memohon kesejahteraan di akhirat: " Wahai Tuhan, berikanlah kami pahala yang telah Engkau janjikan melalui Rasul-Mu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat kelak. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji ".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.