Wednesday, December 16, 2009

AL-FATIHAH BUAT AZUDDIN JILI


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam pagi sesampai di pejabat saya dapat makluman mengatakan Azuddin Jili salah seorang ahli muzik MBSA telah meninggal dunia pada lebihkurang jam 4.00 pagi.

Kami semua satu jabatan menziarahi jenazah allahyarham, juga disertai oleh kakitangan dari jabatan-jabatan lain.

Setelah disolatkan jenazah di bawa terus ke Kuala Kangsar tempat kelahiran allahyarham dengan diringi oleh beberapa staff korporat diketuai oleh En Jaid Idham Idiris.

Wahai teman-teman bantulah keluarga allahyarham yang semampunya oleh kita.

Antara adab-adab menziarahi kematian.

Doa Ketika Melihat Jenazah



Subhanal hayyil lazi la yamutu. Allahummagfir lihazal mayyiti warhamhu wa anis fil qabri wahdatahu wa gurabatahu wa nawwir qabrahu.

Artinya: “Maha suci Zat Yang Hidup yang tidak akan mati. Ya Allah, ampunilah mayit ini dan sayangilah dia, dan temanilah dia di dalam kesendirian dan keasingannya di dalam kubur, dan terangilah kuburannya.”

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 185 yang tafsirnya:

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."

Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada siapa pun yang dapat lari daripadanya. Mati bererti bercerai nyawa dari badan ataupun berpisahnya roh dari jasad. Inilah perpindahan pertama manusia dari alam dunia, seterusnya manusia akan berpindah pula ke alam barzakh (alam kubur) iaitu tempat roh-roh orang mati menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar.

Apabila sesebuah keluarga ditimpa kesusahan atau musibah seperti kematian, maka kita yang hidup ini perlulah bersimpati dan membantu meringankan beban kesusahan yang menimpa mereka. Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang sunat dilakukan apabila berlaku kematian, seperti:

1. Disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.

Takziah ialah menyatakan kepada orang yang ditimpa musibah tersebut agar bersabar, menyebutkan janji pahala kepada orang yang bersabar dan memohonkan keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati.Suruhan bersabar juga bertujuan menguatkan semangat ahli keluarga supaya meneruskan hidup dan redha dengan ajal dan maut ketentuan Allah.Menurut Imam Syafi‘e sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati sebelum mayat tersebut dikuburkan kerana ketika itu keluarga si mati dalam keadaan sedih dan gelisah.Sunat mengucapkan takziah itu dalam lingkungan tiga hari, sebab menurut kebiasaannya kesusahan itu tidak lebih dari tiga hari. Maka makruh hukumnya jika ucapan takziah itu dilakukan lebih daripada tiga hari,kerana ditakuti selepas tiga hari itu akan memperbaharui kesedihan seseorang itu.

2. Tidak menangisi kematian dengan keterlaluan"Sesungguhnya mayat itu diseksa dengan sebab tangisan (ratapan) ahli keluarga ke atasnya."(Riwayat Al-Imam Bukhari).

3. Menghantar makanan kepada ahli si mati untuk meringankan kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah perbuatan yang sebenarnya yang wajar dilakukan dan digalakkan oleh Islam. Perkara inilah yang disuruh oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila Baginda menerima berita kematian Ja'afar Ibnu Abi Talib, sebagaimana sabdanya yang maksudnya:"Dari Abdullah ibnu Ja'afar katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja'afar yang telah meninggal, kerana telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk disebabkan ditimpa kematian itu."(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4. Membaca doa :Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada ridha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.





Balik dari rumah allahyarham aku jalan kaki merentas jalan raya dan tasik kerana kenderaan telah meninggalkan aku, dia orang ingat aku ikut menghantar jenazah ke KK.
Dalam perjalanan aku melintasi tasik, ramai mat rempit lepak di pondok sekitar tasik dan aku melintas di pondok yang ada di tengah tasik berhampiran restoran tasik terapung, aku berlari ke pondok tersebut sebab aku ingat terbakar sebab dari jauh takde orang dan nampak asap berkepul-kepul naik, saya dah ingat vandalism aje, bila dah dekat baru nampak ada seorang tu pakaian kotor baring atas bangku dalam pondok tu sambil menghisap apa aku tak tau, sebab asapnya macam nak bakar pondok, aku tertoleh-toleh gak manalah tau ada renjer taman, tapi takde, aku pun angkat kaki sebab aku sorang aje, dia hisap sambil baring selambe dek aje, padang kat aku pun idak, aku terus bergerak balik ke opis melalui restoren tasik terapung. mengah jugak le sampai opis, berpeluh ketiak tau, bagus untuk eksesais.

Doa apabila melihat musibah: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari penyakit yang mana kamu telah diuji dengannya dan juga telah mengurniakan limpah kurniaNya yang nyata kepadaku melebihi dari kebanyakan orang,"

Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment