Tuesday, December 22, 2009
Mesyuarat Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor
Semalam (21/12/2009) jam 2.30 petang aku menghadiri mesyuarat di Muzium Shah Alam. Laporan seperti di sertakan:
LAPORAN:
Pengerusi Mesyuarat: Y. B. Dr. Che Rosli bin Che Mat Ahli Parlimen Hulu Langat (PAS).
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor ini akan di sempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada bulan Mac 2010 di perkarangan Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.
3. MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-
a) Menghias pentas di raja dengan ‘cut flowers’ dan pasu bunga disekitar pentas tersebut dan kemah tetamu/jemputan.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi
b) Memasang bendera dan bunting Negeri Selangor di kawasan perkarangan Muzium dan laluan DYMM ke Muzium.
Tindakan : Jabatan Korporat
c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan muzium dan perpustakaan semasa acara berlangsung.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
d) Menyediakan tong sampah beroda yang mencukupi di kemah-kemah jualan dan pameran serta di kemah jamuan.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar
4. Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 15 Januari 2010 (Jumaat) jam 3.00 petang di tempat yang sama. Pengerusi meminta MBSA menghantar Encik Mohd Zulfahmee bin Ismail (Pegawai Kebudayaan MBSA) untuk menghadiri mesyuarat tersebut, kerana beliau mahir mengenai adat istiadat diraja/protokol istana.
Tindakan : Jabatan Korporat
Nampak gayanya macam Lembaga Muzium Selangor dah tak ujud lagi. Walau bagaimanapun tahniah Kerajaan PR Negeri Selangor atas perubahan nama tersebut, individu yang bertugas masih sama aje.
Doa Pengantin: "Semoga Allah memberkati kamu dan keberkatan ke atas kamu berdua serta segala sesuatu di antara kamu berdua dengan kebajikan".
Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, December 16, 2009
AL-FATIHAH BUAT AZUDDIN JILI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semalam pagi sesampai di pejabat saya dapat makluman mengatakan Azuddin Jili salah seorang ahli muzik MBSA telah meninggal dunia pada lebihkurang jam 4.00 pagi.
Kami semua satu jabatan menziarahi jenazah allahyarham, juga disertai oleh kakitangan dari jabatan-jabatan lain.
Setelah disolatkan jenazah di bawa terus ke Kuala Kangsar tempat kelahiran allahyarham dengan diringi oleh beberapa staff korporat diketuai oleh En Jaid Idham Idiris.
Wahai teman-teman bantulah keluarga allahyarham yang semampunya oleh kita.
Antara adab-adab menziarahi kematian.
Doa Ketika Melihat Jenazah
Subhanal hayyil lazi la yamutu. Allahummagfir lihazal mayyiti warhamhu wa anis fil qabri wahdatahu wa gurabatahu wa nawwir qabrahu.
Artinya: “Maha suci Zat Yang Hidup yang tidak akan mati. Ya Allah, ampunilah mayit ini dan sayangilah dia, dan temanilah dia di dalam kesendirian dan keasingannya di dalam kubur, dan terangilah kuburannya.”
Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Ali 'Imran ayat 185 yang tafsirnya:
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya."
Setiap yang hidup pasti akan mati, tiada siapa pun yang dapat lari daripadanya. Mati bererti bercerai nyawa dari badan ataupun berpisahnya roh dari jasad. Inilah perpindahan pertama manusia dari alam dunia, seterusnya manusia akan berpindah pula ke alam barzakh (alam kubur) iaitu tempat roh-roh orang mati menunggu hari dibangkitkan semula di Padang Mahsyar.
Apabila sesebuah keluarga ditimpa kesusahan atau musibah seperti kematian, maka kita yang hidup ini perlulah bersimpati dan membantu meringankan beban kesusahan yang menimpa mereka. Agama Islam telah mengajarkan adab-adab yang sunat dilakukan apabila berlaku kematian, seperti:
1. Disunatkan mengucapkan takziah kepada keluarga si mati.
Takziah ialah menyatakan kepada orang yang ditimpa musibah tersebut agar bersabar, menyebutkan janji pahala kepada orang yang bersabar dan memohonkan keampunan kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala bagi si mati.Suruhan bersabar juga bertujuan menguatkan semangat ahli keluarga supaya meneruskan hidup dan redha dengan ajal dan maut ketentuan Allah.Menurut Imam Syafi‘e sunat mengucapkan takziah kepada keluarga si mati sebelum mayat tersebut dikuburkan kerana ketika itu keluarga si mati dalam keadaan sedih dan gelisah.Sunat mengucapkan takziah itu dalam lingkungan tiga hari, sebab menurut kebiasaannya kesusahan itu tidak lebih dari tiga hari. Maka makruh hukumnya jika ucapan takziah itu dilakukan lebih daripada tiga hari,kerana ditakuti selepas tiga hari itu akan memperbaharui kesedihan seseorang itu.
2. Tidak menangisi kematian dengan keterlaluan"Sesungguhnya mayat itu diseksa dengan sebab tangisan (ratapan) ahli keluarga ke atasnya."(Riwayat Al-Imam Bukhari).
3. Menghantar makanan kepada ahli si mati untuk meringankan kerana ahli si mati ketika itu dalam keadaan sibuk menguruskan perkara-perkara si mati. Inilah perbuatan yang sebenarnya yang wajar dilakukan dan digalakkan oleh Islam. Perkara inilah yang disuruh oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam apabila Baginda menerima berita kematian Ja'afar Ibnu Abi Talib, sebagaimana sabdanya yang maksudnya:"Dari Abdullah ibnu Ja'afar katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Buatkanlah makanan oleh kamu untuk ahli keluarga Ja'afar yang telah meninggal, kerana telah datang kepada mereka perkara yang membuat mereka sibuk disebabkan ditimpa kematian itu."(Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).
4. Membaca doa :Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada ridha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Balik dari rumah allahyarham aku jalan kaki merentas jalan raya dan tasik kerana kenderaan telah meninggalkan aku, dia orang ingat aku ikut menghantar jenazah ke KK.
Dalam perjalanan aku melintasi tasik, ramai mat rempit lepak di pondok sekitar tasik dan aku melintas di pondok yang ada di tengah tasik berhampiran restoran tasik terapung, aku berlari ke pondok tersebut sebab aku ingat terbakar sebab dari jauh takde orang dan nampak asap berkepul-kepul naik, saya dah ingat vandalism aje, bila dah dekat baru nampak ada seorang tu pakaian kotor baring atas bangku dalam pondok tu sambil menghisap apa aku tak tau, sebab asapnya macam nak bakar pondok, aku tertoleh-toleh gak manalah tau ada renjer taman, tapi takde, aku pun angkat kaki sebab aku sorang aje, dia hisap sambil baring selambe dek aje, padang kat aku pun idak, aku terus bergerak balik ke opis melalui restoren tasik terapung. mengah jugak le sampai opis, berpeluh ketiak tau, bagus untuk eksesais.
Doa apabila melihat musibah: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanku dari penyakit yang mana kamu telah diuji dengannya dan juga telah mengurniakan limpah kurniaNya yang nyata kepadaku melebihi dari kebanyakan orang,"
Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Thursday, December 10, 2009
MEYUARAT MAAL HIJRAH MASJID NEGERI
Bersama-sama ini disertakan minit mesyuarat tersebut untuk tindakan Jabatan yang berkaitan.
Pengerusi (Timbalan Pengarah JAIS) mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Program Minggu Dua’t dan Karnival Maal Hijrah 1431H adakan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 17 hingga 20 Disember 2009 ( Khamis hingga Ahad )
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dataran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam.
Perasmi : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Penutup : YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali (EXCO)
3. MBSA ditawarkan sebuah “ booth “ berukuran 10’ x 10’ untuk menyertai pameran selama 4 hari dalam program tersebut.
4. MBSA juga diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-
a) Membuat perhiasan dengan meletakkan pasu bunga di bawah pentas utama di Dataran Masjid.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi
b) Memaparkan program di LED Board di Dataran Shah Alam dan persimpangan lampu isyarat Hotel Concorde.
Tindakan : Jabatan ICT
c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan masjid sepanjang program berlangsung.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
d) Menyediakan tong sampah besar statik sepanjang program dan pembuangan sampah dibuat setiap hari serta menyediakan beberapa tong sampah beroda di khemah-khemah jualan dan pameran.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar
e) Perasmian pada 17 Disember 2009 jam 5.30 petang oleh YAB Dato’ Menteri Besar, diminta semua persiapan diselesaikan pada jam 12.00 tengahari.
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang
Sila ambil tindakan segera.
Doa Adam dan Hawa setelah keluar dari Syurga: " Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, mescaya jadilah kami dari orang-orang yang rugi. "
Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
MESYUARAT MAAL HIJRAH JAIS 2009
Minit mesyuarat disertakan bersama-sama ini untuk diambil tindakan oleh pihak yang berkenaan.
LAPORAN:
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua, Beliau memaklumkan bahawa Program Minggu Dua’t dan Karnival Maal Hijrah 1431H adakan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 17 hingga 20 Disember 2009 ( Khamis hingga Ahad )
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : Dataran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
Shah Alam.
Perasmi : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Penutup : YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali (EXCO)
3. MBSA ditawarkan sebuah “ booth “ berukuran 10’ x 10’ untuk menyertai pameran selama 4 hari dalam program tersebut.
4. MBSA juga diminta membantu dalam beberapa perkara antaranya:-
a) Membuat perhiasan dengan meletakkan pasu bunga di bawah pentas utama di Dataran Masjid.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi
b) Memaparkan program di LED Board di Dataran Shah Alam dan persimpangan lampu isyarat Hotel Concorde.
Tindakan : Jabatan ICT
c) Bekerjasama dengan PDRM untuk membuat kawalan keselamatan dan letak kereta di jalan luar kawasan masjid sepanjang program berlangsung.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
d) Menyediakan tong sampah besar statik sepanjang program dan pembuangan sampah dibuat setiap hari serta menyediakan beberapa tong sampah beroda di khemah-khemah jualan dan pameran.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar
e) Perasmian pada 17 Disember 2009 jam 5.30 petang oleh YAB Dato’ Menteri Besar, diminta semua persiapan diselesaikan pada jam 12.00 tengahari.
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.55 petang
Silalah ambil tindakan segera kepada yang terlibat.
Doa Nabi Noh: " Wahai Tuhan, turunkanlah aku ditempat turun yang berkat dan sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat ".
Wassallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, December 2, 2009
Mesyuarat Konvensyen Pendidikan Islam 2009
Jam 10.00 pagi Aku diarahkan menghadiri mesyuarat di atas di Bilik Kekwa Tingkat 5, SUK.
Pengerusi mesyuarat Y.Bhg. Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam - Vice President/DVC
(Student Affairs) UNISEL. Tujuan mesyuarat ialah membincangkan aspek keperluan teknikal
untuk program tersebut yang akan di adakan pada 8 Disember 2009 di Kompleks Belia dan
Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, mulai jam 8.00 pagi. Kehadiran dijangka seramai 800 - 1000 orang dan perasmian dilakukan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Antara tugas-tugas MBSA ialah:
1. Membantu menghias pentas dan pintu masuk dewan dengan pasu bunga.
Tindakan Jbtn. Taman dan Rekreasi.
2. Membuat kawalan keselamatan serta tempat letak kereta semasa kehadiran YAB MB.
Tindakan Jbtn. Pelesenan dan Penguatkuasaan.
3. Memberi pengecualian bayaran permit banner dan bunting serta menggantung di tempat
yang sesuai.
Tindakan Jbtn. Pelesenan dan Penguatkuasaan serta Jbtn. Korporat
Mesyuarat tamat jam 12.15 tengahari - ada makan lagi tu.
Selamat mengambil tindakan kepada Jabatan terlibat.
Doa Nabi Yunus dalam perut Ikan: " Sesungguhnya tiada Tuhan yang dapat menolongku melainkan Engkau ya Allah, Maha suciMu dari melakukan sebarang aniaya, sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiayai diri sendiri ".
Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ziarah staff di DEMC
Semalam lebih kurang jam 2 petang aku bersama Yati dan Fizah ke DEMC Sek. 9 setelah mendapat izin keluar kejap dari Pengarah, melawat sahabat dari jabatan undang-undang, Mohd Isa Puta dan Isterinya (Mariam).
Mohd Isa Puta kena kencing manis, dua jari kakinya sebelah kiri dah tak terasa bila di cucuk oleh doktor, Doktor memaklumkan kepadanya mungkin kakinya terpaksa dipotong paras buku lali untuk mengelakkan jangkitan, semuanya terpulang kepada ALLAH Maha Berkuasa. Tapi Isa masih tabah dan releks aje nampaknya.
Isterinya dimasukkan kerana kekurangan darah (katanya ada masalah fibroid yang telah dikesan lebih awal semasa mendapatkan rawatan di Hospital TAR Klang), semalam proses memasukkan zat besi untuk menambah darah sedang berjalan semasa aku datang melawat.
DOA MENZIARAHI ORANG SAKIT DAN JAMPI UNTUK MENGUBATINYA
ﻻَ بَأْسَ طَهُوْرٌ إِنْ شَاء الله
.DOA MENGHILANGKAN SAKIT PADA BADAN
بِسْمِ الله 3x , أَعُوْذُ بِالله وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَاْ أَجِدُ وَأُحَاْذِرُ 7x
MANUSIA sentiasa diuji, ada diberi kesenangan, ada dicabar keimanan dengan hidup miskin harta. Ada pula diberi kuasa sebagai ketua atau pemimpin, tidak kurang dianugerahkan kecantikan serta kepandaian.
Nikmat yang Allah beri tidak kekal pada kita kerana pada bila-bila masa ia boleh ditarik balik. Yang kaya mungkin jatuh miskin dan yang berkuasa, hilang kuasanya sementara si cantik akan pudar kecantikan apabila usia meningkat.
Semuanya boleh berlaku atas kehendak Allah kerana Allah Maha Berkuasa. Allah ingin menguji sejauh mana kita tabah dan sabar berdepan cabaran diberikan-Nya. Allah ingin melihat sejauh mana kuatnya iman kita kepada Allah.
Sakit juga adalah ujian Allah kerana itu ada kalanya, kawan yang dilihat sihat tubuh badannya tiba-tiba dikhabarkan menghidap penyakit. Nasib kita juga tidak tentu kerana esok lusa, mungkin kita juga diuji dengan penyakit.
Orang yang ditimpa sakit sudah tentu diuji Allah. Kita yang sihat ini juga sebenarnya sedang diuji. Allah menguji orang sihat sejauh mana hatinya tersentuh dan bersimpati kepada orang menderita sakit.
Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan.
Diriwayatkan Imam Ahmad: "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."
Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."
Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."
Melawat orang sedang terlantar sakit di rumah atau di hospital bukan saja mengeratkan silaturahim sesama manusia, pada masa sama boleh meringankan beban perasaan pesakit. Pesakit berasakan dirinya tidak dilupakan saudara mara, kawan dan jiran terdekat.
Lawatan atau kunjungan itu boleh menguatkan semangat orang yang sakit untuk terus tabah, sabar dan reda dengan apa yang dialaminya. Kunjungan itu akan memberi kekuatan pada diri pesakit untuk melawan sakit ditanggungnya.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Hak seorang Muslim terhadap Muslim yang lain itu ada lima iaitu menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiring jenazah, memenuhi undangan dan menjawab doa orang bersin." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW menyifatkan seorang Muslim yang pergi melawat atau menjenguk Muslim lain yang sedang sakit seakan-akan ia sentiasa berada dalam kebun syurga.
Kita sebenarnya tidak membuang masa melawat atau menjenguk orang sakit kerana pahala yang kita peroleh cukup besar. Selain mendapat pahala dan reda Allah, mereka yang menjenguk orang sakit mendapat rahmat sejak ia keluar rumahnya dengan niat menjenguk sampai ia kembali. Mereka juga membangun rumah di syurga.
Semoga Allah menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh beliau dan isterinya serta semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat di muka bumi ini. Amin
Doa Nabi Ayub: " Sesungguhnya aku ditimpa penyakit sedangkan Engkau sahajalah yang lebih mengasihani daripada segala sesuatu yang mengasihani ".
Wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.