Thursday, February 25, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK MENGHAFAZ, MAULUD NABI DAN TILAWAH DAERAH KLANG 2010

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Semalam jam 9.30 pagi mesyuarat tersebut di adakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah/Tanah Klang. Pengerusi Tuan Hj. Bakhtiar Hussin (DO)
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan tiga program anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Klang. Program-Program tersebut ialah:-
2:1. Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Daerah Klang.
Tarikh : 27 Februari 2010 (Sabtu).
Tempat : Dewan Besar Kolej Hafiz, Klang.
Masa : Mulai 8.00 pagi
2:2. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Klang.
Tarikh : 20 Mac 2010 (Sabtu)
Tempat : Surau Flat Seri Perantau, Pelabuhan Klang.
Masa : Mulai jam 7.00 malam.
2:3. Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Klang.
Tarikh : 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat : Masjid As-Solihin, Padang Jawa. Shah Alam.
Masa : Mulai jam 7.00 malam
VIP : YB Rodziah Ismail EXCO Kerajaan Negeri Selangor
3. MBSA bersama JKR telah dilantik sebagai Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Klang dan antara tugas-tugas serta tanggungjawab MBSA bagi menjayakan program tersebut adalah seperti berikut:
3:1. Menyediakan khemah penonton, menyediakan meja jamuan dan kerusi tetamu/orang ramai, lampu dan kipas angina berdiri, sofa untuk VIP, Rostrum, memasang bunting selangor dari simpang jalan ke Padang Jawa dan sekitar masjid serta memasang tunjuk arah ke Masjid As-Solihin, Padang Jawa.
Tindakan : Jabatan Korporat.
3:2. Menghias pentas utama dan khemah tetamu dengan hiasan bunga berpasu.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi
3:3. Menyediakan Tong Sampah Besar yang mencukupi di sekitar khemah.
Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar
3:4. Membuat kawalan tempat letak kereta di luar kawasan Masjid As-Solihin.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan
4. Mesyuarat kali kedua akan di adakan di Masjid As-Solihin, Padang Jawa untuk menentukan bilangan keperluan peralatan keraian, tarikh akan diberitahu kemudian.
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Doa menghaindari gangguan Syaitan: "Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang terkutuk dan dari godannya sama ada hembusan atau tiupan".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, February 11, 2010

ALFATIHAH buat Allahyarham YUSOF PETOT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ni 11 Feb. 2010 sesampai di pejabat saya mendapat berita mengenai seorang lagi pesara MBSA di Jabatan Perkhidmatan Bandar iaitu Pak Cik Yusoff Petot bapa kepada Puan Normala bertugas di Bahagian Hasil telah meninggal dunia pada petang semalam.

Allahyarham dulu memang saya kenal baik, sebab saya kan salah seorang "staff senior" yang masih bertugas di MBSA. Saya dimaklumkan rumahnya di Flat Lama Seksyen 16, Shah Alam.

Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Raja Tun Uda untuk di uruskan mandi, kafan dan sembahyangkan dan akan terus dibawa ke tanah perkuburan di seksyen 21. YB Yaakob Sapari turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah. Jam 9.45 selesai dan bergerak ketanah perkuburan.

Marilah sama-sama kita hadiahkan al-fatihah kepada roh Allahyarham, Amin.

JOM BACA KEJAP PERINGATAN INI
(Petikan asal teks jawi lama Kitab Miftah-ul-Jannah, 'Anak Kunci Syurga')

...(soal) jika tanyai orang kita dalam Fatihah itu berapa tempat nama syaitan padanya (jawab) tujuh tempat
- pertama 'dulillah' diperhubungkan 'dal' dengan 'lam' pada 'AlhamduLillah' dan
- kedua 'hirab' diperhubungkan 'ha' dengan 'rab' dan
- ketiga 'kiyaum' diperhubungkan 'kaf' dengan 'ya' pada 'yaumiddin' dan
- keempat 'kanak'' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nun' pada 'na'budu' dan
- kelima 'kanas' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nas' pada 'nasta'in' dan
- keenam 'taa'lai' diperhubungkan 'ta' dengan 'ain' pada 'ana'mta a'laihim' dan
- tujuh 'bia'lai' diperhubungkan 'ba' dengan 'ain' pada 'ghairilmagdhubi a'laihim'

inilah dimulanya maka wajib membaik bacaannya akan Fatihah ia sampai jangan jadi tersebut akan nama syaitan itu supaya sah bacaannya

(soal) betapa maka ditentukan pada tujuh tempat jika tersalah bacaannya jadi tersebutlah nama syaitan dan jika tersalah pada huruf yang lain itu tiada jadi nama syaitan
(jawab) sebab tertentu pada tempat yang tujuh itu nama syaitan kerana bahawasanya syurga itu tujuh dan neraka pun tujuh juga dan barang siapa membaca Fatihah dengan sebaik2 bacaannya nescaya masuklah ia di dalam syurga yang tujuh dan barang siapa ghalid bacaannya pada Fatihah lagi dibacanya akan nama syaitan yang tujuh itu nescaya masuklah ia ke dalam neraka yang tujuh itu dan dari kerana inilah wajib atas orang yang membaca Fatihah itu bahawa hendaklah ia membaik akan bacaannya

(soal) berapa huruf yang tiada dalam Fatihah itu
(jawab) iaitu tujuh huruf yang tiada masuk dalam Fatihah itu pertama 'sa' kedua 'jim' ketiga 'kha' keempat 'zai' kelima 'shin' keenam 'dhod' ketujuh 'fa' itulah segala huruf yang tiada dalam Fatihah

(soal) kerana apa tiada masuk huruf tujuh ini dalam Fatihah
(jawab) kerana neraka itu tujuh namanya
- pertama 'sa' itu neraka 'thabur' dan
- kedua 'jim' nama neraka 'jahannam' dan
- ketiga 'kha' nama neraka 'khalidin' dan
- keempat 'zai' nama neraka 'zamharir' dan
- kelima 'shin' nama neraka 'syakluh; dan
- keenam 'dhod' nama neraka 'dholmah' dan
- ketujuh 'fa' nama neraka 'faraghah'

kerana inilah tiada di dalam Fatihah itu segala huruf yang tersebut (WallahuA'lam..)

(utk cara bacaan sebenar perlulah berguru supaya jelas cara sebutan apabila kita membaca Fatihah. Petikan di atas sekadar berkongsi maklumat supaya kita menyedari betapa sedikitnya ilmu yg kita ada. Oleh itu berusahalah utk memantapkan bacaan Fatihah kerana ia adalah Ummul Kitab)

Doa menghilangkan sifat buruk: "Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari sifat malas, buruk akhlak, terhindar dari godaan dunia dan jauhi dari azab kubur".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, February 10, 2010

Janji ALLAH tetap pasti.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam sejahtera semua warga kerja MBSA, Pada hari Isnin 8 Feb 2010 seorang lagi bekas kakitangan MBSA yang bertugas di Jabatan Penguatkuasaan pada tahun 2000 iaitu saudara Yahya Zakaria telah meninggalkan kita semua untuk menghadap Illahi.

"Kullunafsin zaaikatulmaut" setiap yang hidup itu pasti akan menemui mati.

Kawan-kawan memaklumkan kepada saya beliau menghidap kencing manis dan kedua-dua belah kakinya telah dipotong.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat roh Allahyarham dan berdoalah kita semua semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang soleh, Amin.

Marilah wahai sahabat-sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja... Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga iaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ...
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia atau Dunia Yang Meninggalkanmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
- Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
- Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
- Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
- Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
- Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara'

Ketika Mayat Siap Dikafan ....
Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
- Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
- Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
- Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
- Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
- Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika MayatDiusung. ...
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
- Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
- Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disholatkan ....
Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
- Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
- Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
- Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat....
Terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
- Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan....
- Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
- Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
- Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... ..
Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
Kini Kau Tinggal Seorang Diri, Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap.
Mereka Pergi Meninggalkanmu Seorang Diri
Padahal, Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku.

Hari Ini,....
Akan Kutunjukan Kepadamu, Kasih Sayang-Ku Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman,
Wahai Jiwa Yang Tenang, Kembalilah Kepada Tuhanmu
Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW.. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda 'wakafa bi almauti wa'idha', ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!
Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....

Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca catatan ini.
Aktiviti keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita. kita seolah-olah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.

Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???
Mari berlumba dalam kebaikan.

Doa ditimpa kemalangan: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNyalah kami akan kembali".

Wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, February 9, 2010

Mesyuarat Jabatan/Bahagian I/2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah mesyuarat telah selesai pada 5 Februari 2010, jam 12.35 selesai setelah bermula jam 8.30 pagi.

Antara bijik butir yang dibincang dan diarahkan ialah:
1. Staff baru Puan Norharison PPT, Cik Hayati Azizi PTO - Pejabat
Cik Ayu PPT, En. Hazril PTO dan Cik Hawani PTO - MPP Zon - Tahniah.
2. Staff digilirkan yang bertugas dikaunter semasa perhimpunan bersama DB setiap bulan.
3. Semasa mencatit minit mesyuarat JKKSBP hendaklah menggunakan recoder.
4. Perhimpunan bulan Februari akan di hoskan oleh Korporat, petangni baru meeting.
5. Perhimpunan Jabatan Korporat 1 bulan sekali setiap Selasa minggu pertama di bilik Mokara.
6. Bacaan Yaasin dan Tahlil di Bilik Mokara 2 bulan sekali setiap Jumaat minggu pertama bermula bulan Mac.
7. Setiap aktiviti mestilah berdasarkan SKT yang telah dibuat dan diluluskan.
8. En. Azalee minta lengkapkan Galeri dengan maklumat terkini dan dapatkan pelajar-pelajar dari 32 sekolah untuk melawat galeri MBSA ini.
9. Pn. Nor Asnani diminta sediakan kertas kerja untuk membawa ibu tunggal ke Kota Kinabalu untuk melihat tempat jualan Kristal.
10.Sambutan MaulidurRasul MBSA, Korporat sumbang wajik.
11.En. Fahmyee diminta mencari CD baru lagu Negaraku, Negeri Selangor untuk perhimpunan DB yang akan datang.
12.En. Azalee diminta sediakan video shoot gabungan mbsa dulu dan sekarang sempena sambutan 10 tahun MBSA, masukkan juga program yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.
13.En. Azua diminta membuat brocer untuk mempromosikan Teater Diraja Shah Alam.
14.En Shahrulnizam dan En. Norhisham diberi tanggungjawab untuk membuat KMK.
15."First Task" Pn. Harison menyediakan status laporan tahunan 2008 dan 2009.
16.Perpustakaan Mini akan dibuka di PCKK diminta Pn. Nor Asnani menyediakan keperluan untuk membukanya.- Jawatan Pembantu Perpustakaan bolehlah diiklankan untuk pengisian.
17.Semua Ketua Bahagian diminta menghantar maklumat/laporan KPI kepada Pn. Nor Asnani setiap Rabu minggu pertama setiap bulan.
18.Hari Keluarga Jabatan Korporat pada 6 Mac 2010 di Genting Highlands darijam 7.00 pagi hingga 10.00 malam, bus disediakan, tetapi sape nak naik kereta sendiri dialu-alukan.
19, Setiap Ketua Bahagian diminta untuk mencari 3 hadiah untuk cabutan bertuah semasa program di Genting.
20.HRMIS yang tak siap, minta disiapkan SEGERA.
21.5S kalau difikirkan Kebudayaan dan Percetakkan membuatkan Jabatan tidak mendapat tempat dalam pertandingan 5S yang lepas, bolehlah difikirkan semula samada diasingkan atau sebaliknya.- Pn. Nor Asnani di serahkan sebagai Pegawai Promosi 5S Korporat.
22.En. Azalee maklumkan Galeri Jam Dataran Shah Alam dalam proses mengecat, gambar telah dihantar kepada ICT.
23.Blogspot korporat masih tak diupdatekan, minta Cik Puspa buat tindakan segera.
24.Cik Fuaza diminta fikirkan s/mata 10 tahun MBSA.
25.En. Shahrulnizam diminta untuk membuatlawatan ke setiap EXPO samada di PD atau mana-mana tempat yang difikirkan sesuai untuk mencari maklumat mengenai sukarelawan.

Doa mohon ilmu yang bermanfaat: "Ya Allah, Ajarkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat dan tetapkanlah ilmu serta tambahkan pengetahuanku".

Sekian, wasallammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.