Thursday, February 11, 2010

ALFATIHAH buat Allahyarham YUSOF PETOT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ni 11 Feb. 2010 sesampai di pejabat saya mendapat berita mengenai seorang lagi pesara MBSA di Jabatan Perkhidmatan Bandar iaitu Pak Cik Yusoff Petot bapa kepada Puan Normala bertugas di Bahagian Hasil telah meninggal dunia pada petang semalam.

Allahyarham dulu memang saya kenal baik, sebab saya kan salah seorang "staff senior" yang masih bertugas di MBSA. Saya dimaklumkan rumahnya di Flat Lama Seksyen 16, Shah Alam.

Jenazahnya akan dibawa ke Masjid Raja Tun Uda untuk di uruskan mandi, kafan dan sembahyangkan dan akan terus dibawa ke tanah perkuburan di seksyen 21. YB Yaakob Sapari turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah. Jam 9.45 selesai dan bergerak ketanah perkuburan.

Marilah sama-sama kita hadiahkan al-fatihah kepada roh Allahyarham, Amin.

JOM BACA KEJAP PERINGATAN INI
(Petikan asal teks jawi lama Kitab Miftah-ul-Jannah, 'Anak Kunci Syurga')

...(soal) jika tanyai orang kita dalam Fatihah itu berapa tempat nama syaitan padanya (jawab) tujuh tempat
- pertama 'dulillah' diperhubungkan 'dal' dengan 'lam' pada 'AlhamduLillah' dan
- kedua 'hirab' diperhubungkan 'ha' dengan 'rab' dan
- ketiga 'kiyaum' diperhubungkan 'kaf' dengan 'ya' pada 'yaumiddin' dan
- keempat 'kanak'' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nun' pada 'na'budu' dan
- kelima 'kanas' diperhubungkan 'kaf' dengan 'nas' pada 'nasta'in' dan
- keenam 'taa'lai' diperhubungkan 'ta' dengan 'ain' pada 'ana'mta a'laihim' dan
- tujuh 'bia'lai' diperhubungkan 'ba' dengan 'ain' pada 'ghairilmagdhubi a'laihim'

inilah dimulanya maka wajib membaik bacaannya akan Fatihah ia sampai jangan jadi tersebut akan nama syaitan itu supaya sah bacaannya

(soal) betapa maka ditentukan pada tujuh tempat jika tersalah bacaannya jadi tersebutlah nama syaitan dan jika tersalah pada huruf yang lain itu tiada jadi nama syaitan
(jawab) sebab tertentu pada tempat yang tujuh itu nama syaitan kerana bahawasanya syurga itu tujuh dan neraka pun tujuh juga dan barang siapa membaca Fatihah dengan sebaik2 bacaannya nescaya masuklah ia di dalam syurga yang tujuh dan barang siapa ghalid bacaannya pada Fatihah lagi dibacanya akan nama syaitan yang tujuh itu nescaya masuklah ia ke dalam neraka yang tujuh itu dan dari kerana inilah wajib atas orang yang membaca Fatihah itu bahawa hendaklah ia membaik akan bacaannya

(soal) berapa huruf yang tiada dalam Fatihah itu
(jawab) iaitu tujuh huruf yang tiada masuk dalam Fatihah itu pertama 'sa' kedua 'jim' ketiga 'kha' keempat 'zai' kelima 'shin' keenam 'dhod' ketujuh 'fa' itulah segala huruf yang tiada dalam Fatihah

(soal) kerana apa tiada masuk huruf tujuh ini dalam Fatihah
(jawab) kerana neraka itu tujuh namanya
- pertama 'sa' itu neraka 'thabur' dan
- kedua 'jim' nama neraka 'jahannam' dan
- ketiga 'kha' nama neraka 'khalidin' dan
- keempat 'zai' nama neraka 'zamharir' dan
- kelima 'shin' nama neraka 'syakluh; dan
- keenam 'dhod' nama neraka 'dholmah' dan
- ketujuh 'fa' nama neraka 'faraghah'

kerana inilah tiada di dalam Fatihah itu segala huruf yang tersebut (WallahuA'lam..)

(utk cara bacaan sebenar perlulah berguru supaya jelas cara sebutan apabila kita membaca Fatihah. Petikan di atas sekadar berkongsi maklumat supaya kita menyedari betapa sedikitnya ilmu yg kita ada. Oleh itu berusahalah utk memantapkan bacaan Fatihah kerana ia adalah Ummul Kitab)

Doa menghilangkan sifat buruk: "Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari sifat malas, buruk akhlak, terhindar dari godaan dunia dan jauhi dari azab kubur".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment