Tuesday, March 16, 2010

MESYUARAT J/K INDUK PELANCARAN PAMWNS

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam 15 Mac 2010 jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Semarak Api, Tkt. 2, Bangunan SSAAS diadakan mesyuarat J/kuasa Induk Pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (dulu Muzium Sultan Alam Shah) yang dipengerusikan oleh YB. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor. Pelancaran ini akan disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor pada 24 April 2010 jam 9.00 malam di Stadium Malawati Shah Alam, Antara tugas dan tanggungjawab MBSA ialah:
1. Menjadi salah seorang AJK Jawatankuasa Logistik dan Pengangkutan bersama JKR dan Kontraktor terbabit serta badan NGO's yang lain.
2. Memastikan pentas dan peralatan lain telah siap dan boleh diguna pada 21 April 2010 untuk tujuan raptai penuh pada malam 23 April 2010.
3. Lawatan tapak akan diadakan pada petang Rabu 17 Mac 2010 dan masanya akan dimaklumkan kemudian oleh YB Dato' Pengerusi, kerana pada masa tersebut ada juga Mesyuarat EXCO dan Parlimen bersidang.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.20 petang.

Doa menyambut kepulangan musafir: "Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkanmu dan yang telah menemukan kembali kekuatan kita dengan kepulanganmu ini".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, March 10, 2010

MESYUARAT FORUM PERDANA EHWAL ISLAM PERINGKAT DAERAH PETALING 2010/1431H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 10 Mac 2010 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Tkt. 6, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam dan di Pengerusikan oleh Al-Fathil Ustaz Muhamad Sujak bin Muhamad Dasuki, Pegawai Tadbir Agama/Pendaftar Kanan, PAID Petaling telah di adakan satu mesyuarat bagi membincangkan persiapan untuk mengadakan Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Petaling yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Mac 2010 (Jumaat)
Masa : Lepas solat maghrib
Tempat : Tapak Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh.
Moderator: YB. Dato' Dr. Hj. Hassan bin Mohammad Ali
Panel : Y.Bhg. Dato' Hashim Yahya
: Y.Bhg. Dr. Mohd. Azhar Yaakub

Jemputan dijangka seramai 2000 orang.

MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara, antaranya ialah:-
1. Menghantar bunga berpasu untuk pentas Forum dan pentas VIP.
2. Menyediakan Penguatkuasa yang secukupnya untuk mengawal lalulintas dan tempat letak kereta VIP dan orang awam.
Tindakan : Pejabat Cawangan Sungai Buloh.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.

Doa ketika timbulnya pemikiran jahat: "Aku berlindung padaMu ya Allah dari gangguan syaitan dan aku beriman kepadaMu dari RasulMu".

Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, March 8, 2010

ZIARAH STAFF DI HTAR KLANG

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jam 12.30 tengahari saya bersama 2nd boss Nani dan Zain Azmir serta pilot setia Sazalee menziarahi Encik Masher Saje pemandu lori jabatan yang telah dimasukkan ke Wad 8A HTAR Klang kerana mendapat serangan "stroke" ( angin ahmar dalam bahasa melayu ).

Sampai di sana beliau ditemani oleh isteri tersayang, kami dimaklumkan bahawa beliau mendapat serangan tersebut pada Jumaat sebelah pagi dan terus dihantar ke HTAR oleh anak sulung lelakinya (yang nak bernikah pada petang Jumaat). Majlis pernikahan berjalan juga kerana telah diatur begitu rupa oleh pihak perempuan.

Majlis kenduri menyambut menantu di rumah Encik Masher pada 14 Mac, 2010, semua kakitangan Jabatan Korporat dijemput hadir.

Doa menghaindari kejahatan diri: "Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung diri denganMu dari kejahatan, akhlak buruk dan tertipu dengan godaan syaitan".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, March 2, 2010

MESYUARAT SYARAHAN PERDANA SEMPENA SAMBUTAN DUA TAHUN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini 2 Mac 2010 jam 3.30 petang diadakan mesyuarat di atas di Bahagian Korporat SUK dan di Pengerusikan oleh Encik Muhammad Hanafi bin Ahmad (SU Bhg. Korporat)
Mesyuarat hari ini adalah untuk menyelaraskan persediaan Majlis Syarahan Perdana Sempena Sambutan Dua Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 8 Mac 2010 ( Isnin )
Masa : Jam 8.30 malam
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.
Tetamu Khas : YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor)
dan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
Jemputan : 2000 orang
3. MBSA diminta memberi kebenaran menggunakan Stadium Malawati pada masa tersebut hingga jam 11.00 malam kerana pada sebelah petang diadakan majlis penyampaian watikah JKKK..
Tindakan : Bahagian Pengurusan Stadium

4. Anggota Penguatkuasa MBSA diminta untuk membuat kawalan ditempat letak kereta VIP dan orang awam.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

5. MBSA juga diminta untuk mengarahkan peniaga menjual makanan di tempat letak kereta atau tempat yang sesuai semasa program berlangsung dari petang hingga malam.
Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan

6. MBSA diminta agar tidak mengambil balik hiasan bunga di pentas utama kerana setelah majlis penyampaian watikah selesai ia akan disambung semula hingga malam untuk majlis tersebut di atas.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

7. Urusetia untuk dihubungi ialah Encik Ahamad Mahzan Bohari Tel: 012-6468656

8. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang.

Doa menyembuhkan demam: "Katakanlah, wahai api, jadilah engkau dingin dan selamatkanlah Ibrahim".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

PERHIMPUNAN BERSAMA DATUK BANDAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi ini 2 Mac 2010 jam 8.00 pagi di Auditorium MBSA diadakan majlis Perhimpunan Bersama Datuk Bandar yang di hostkan oleh Jabatan Korporat.

Antara pengisiannya adalah pra pelancaran sambutan ulangtahun bandaraya shah alam kali ke 10. Ada banyak aktiviti yang diadakan sepanjang sambutan ulangtahun bandaraya ini.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MBSA.

Kali ini perhimpunan yang paling cepat, jam 9.00 pagi dah selesai semuanya.

Doa Pelayaran: "Dengan menyebut namaMu di waktu belayar dan waktu berlabuh, sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, March 1, 2010

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGENDALIAN BANTUAN BENCANA DAERAH KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Maaf lambat posting, pada 22 Februari 2010 saya diarah menghadiri mesyuarat tersebut di Pejabat Daerah/Tanah Klang. Pengerusi Y. Bhg. Tuan Haji Bakhtiar Husin (DO) Klang.
Antara keputusan mesyuarat ialah:-
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persediaan sekiranya berlaku bencana walaupun tidak berlaku banjir tetapi musim kemarau akan datang dan mungkin bencana kebakaran akan berlaku.
3. Sekiranya berlaku banjir kolam takungan air telah siap di Taman Maznah dan Johan Setia.
4. Tanah pertanian di Johan Setia tiada jalan masuk dan sistem perparitan tidak di buat, Jabatan Pertanian diminta mengambil tindakan yang sepatutnya.
5. Seterusnya Taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
5:1. Pegawai dari JKM memaklumkan bahawa jabatannya membantu sebelum, semasa dan selepas bencana, JKM memberi bantuan bukannya gantirugi.
5:2. Bantuan ’ total lost ’ RM5,000.00 satu keluarga. Bantuan Am RM40.00 seorang, Bantuan Barang Dapur RM100.00 satu keluarga dan Bantuan Persekolahan RM100.00 seorang.
6. Taklimat dari Jabatan Alam Sekitar, antara isu yang ditimbulkan ialah:-
6:1. Pegawai dari Alam Sekitar memaklumkan isu yang hangat sekarang ialah pembakaran terbuka.
6:2. Taklimat kepada semua pemilik tanah di Johan Setia akan diadakan pada bulan Mac 2010.
6:3. Dijangka pada bulan Mei akan berlaku musim kemarau dan mungkin pembakaran terbuka oleh pemilik tanah akan terjadi.
7. Taklimat dari Jabatan Pengairan dan Saliran menimbulkan isu parit, beliau meminta agar PBT tidak menyalahkan antara satu sama lain mengenai sistem perparitan sediada sekiranya berlaku bencana banjir atau sebagainya.
8. Pejabat Tanah diminta menyemak senarai nama pemilik tanah pertanian di Johan Setia dan memastikan pemilik menjaga tanah masing-masing.
9. Pejabat Penerangan diminta menghebahkan kepada orang ramai melalui laman Web atau risalah mengenai pentingnya menjaga tanah masing-masing agar tidak berlaku pembakaran terbuka.
10. Satu taklimat akan diadakan mengenai ”SOP” bencana kepada semua peringkat dari JKKK hingga ke pegawai atasan pada bulan Mac 2010.
11. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi

Doa untuk orang sakit: "Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ini, Engkaulah saja yang dapat menyembuhkannya, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu".

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

MESYUARAT GOTONGROYONG KUBUR SEK. 21

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 25 Februari 2010 jam 3.30 petang diadakan mesyuarat membincangkan perkara di atas di tingkat 4, Jabatan Perkhidmatan Bandar dan diPengerusikan oleh Tuan Dr, Haji Roslan bin Haji Fadzil (Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar). Antara perkara yang dibincangkan ialah:-
1. Gotong-royong ini akan di buat oleh Ahli Kariah Surau Ar-Rahmah seksyen 8, Shah Alam seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Mac 2010 (Ahad).
Tempat : Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam.
Masa : 8.00 pagi

2. Yang Berbahagia Dato’ Bandar akan turut serta sebagai ahli kariah bukan sebagai VIP.
3. Pengerusi membentangkan senarai semak tugas setiap jabatan. Jabatan Korporat diminta menyediakan perkara-perkara berikut:-
3:1. Khemah 20’x20’ - 2 unit. (pasang di parking Lot).
3:2. Meja panjang - 3 unit.
3:3. Kerusi Plastik - 30 unit.
3:4. Bas Coaster - 1 unit. (membawa peserta pergi dan balik dari surau sek. 8 ke tanah perkuburan sek. 21)
3:5. Hebahkan melalui LED dan akhbar Sinar .
4. Pegawai untuk dihubungi ialah Tuan Haji Noor Esa bin Sahid - PPKP(K) 019-2794133
5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Doa melihat kemungkaran: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap, Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatau yang pasti lenyap".

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.