Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Maaf lambat posting, pada 22 Februari 2010 saya diarah menghadiri mesyuarat tersebut di Pejabat Daerah/Tanah Klang. Pengerusi Y. Bhg. Tuan Haji Bakhtiar Husin (DO) Klang.
Antara keputusan mesyuarat ialah:-
1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.
2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persediaan sekiranya berlaku bencana walaupun tidak berlaku banjir tetapi musim kemarau akan datang dan mungkin bencana kebakaran akan berlaku.
3. Sekiranya berlaku banjir kolam takungan air telah siap di Taman Maznah dan Johan Setia.
4. Tanah pertanian di Johan Setia tiada jalan masuk dan sistem perparitan tidak di buat, Jabatan Pertanian diminta mengambil tindakan yang sepatutnya.
5. Seterusnya Taklimat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
5:1. Pegawai dari JKM memaklumkan bahawa jabatannya membantu sebelum, semasa dan selepas bencana, JKM memberi bantuan bukannya gantirugi.
5:2. Bantuan ’ total lost ’ RM5,000.00 satu keluarga. Bantuan Am RM40.00 seorang, Bantuan Barang Dapur RM100.00 satu keluarga dan Bantuan Persekolahan RM100.00 seorang.
6. Taklimat dari Jabatan Alam Sekitar, antara isu yang ditimbulkan ialah:-
6:1. Pegawai dari Alam Sekitar memaklumkan isu yang hangat sekarang ialah pembakaran terbuka.
6:2. Taklimat kepada semua pemilik tanah di Johan Setia akan diadakan pada bulan Mac 2010.
6:3. Dijangka pada bulan Mei akan berlaku musim kemarau dan mungkin pembakaran terbuka oleh pemilik tanah akan terjadi.
7. Taklimat dari Jabatan Pengairan dan Saliran menimbulkan isu parit, beliau meminta agar PBT tidak menyalahkan antara satu sama lain mengenai sistem perparitan sediada sekiranya berlaku bencana banjir atau sebagainya.
8. Pejabat Tanah diminta menyemak senarai nama pemilik tanah pertanian di Johan Setia dan memastikan pemilik menjaga tanah masing-masing.
9. Pejabat Penerangan diminta menghebahkan kepada orang ramai melalui laman Web atau risalah mengenai pentingnya menjaga tanah masing-masing agar tidak berlaku pembakaran terbuka.
10. Satu taklimat akan diadakan mengenai ”SOP” bencana kepada semua peringkat dari JKKK hingga ke pegawai atasan pada bulan Mac 2010.
11. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi
Doa untuk orang sakit: "Ya Allah, sembuhkanlah penyakit ini, Engkaulah saja yang dapat menyembuhkannya, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan dariMu".
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment