Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA DATUK BANDAR KALI KELIMA TAHUN 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ini 29 Jun 2010 jam 8.00 pagi diadakan majlis perhimpunan bersama Datuk Bandar di Auditorium MBSA (Pentas Mentor).

Hos pada hari ini ialah Jabatan Kejuruteraan.

Wakil Ahli Majlis yang berucap ialah Encik Ang Leng Kiat. Datuk Bandar memuji ucapannya yang penuh bersemangat dan kalau ada pemilihan Ahli Majlis oleh penjawat awam, beliau boleh menang kalau diundi oleh staff MBSA.

Tayangan video pagi ini ialah Tribute to GAZA, timbul gak perasaan sedih kepada penduduk palestin dan marah serta geram kepada yahudi laknatullah.

Bahagian Penguatkuasa telah memenangi pertandingan Kawat Formasi sempena sambutan Hari Bandaraya Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah diadakan pada 19 Jun 2010 lepas.

Encik Mohd. Noor dari Jabatan Taman dan Rekreasi telah dianugerahkan Khidmat Setia kerana telah berkhidmat selama 25 tahun dan beliau menerima sijil dan wang tunai RM4,000.00 manakala Encik Mohd. Suraiti bin Jungin juga telah dianugerahkan Khidmat Setia kerana telah berkhidmat melebihi 35 tahun dengan menerima sijil dan wang tunai RM2,000.00.

Makanan dan minuman pagi ini tidak mencukupi kerana ada segelintir kakitangan yang telah mengambil sendiri makanan di kaunter makanan kerana tiada kawalan diberi, iaitu sebelum perhimpunan tamat semasa Datuk Bandar sedang berucap, tiada kawalan yang tegas dari Jabatan yang menjadi Hos.

Di ruang legar Auditorium juga diadakan Derma Darah yang dibuat oleh HTAR Klang, pada pandangan saya kalau boleh lain kali skuad derma darah HTAR Klang ini diarah datang lebih awal, kerana semasa skuad ini datang dan membawa peralatan ke ruang legar Auditorium, semasa inilah juga perhimpunan kita telah tamat, dan kakitangan berpusu-pusu untuk mengambil kupon kehadiran dan bungkusan makanan dan minuman, menyebabkan keadaan agak kecoh sedikit di ruang legar ini.

Nasib baik ada penawar, kerana di tingkat G ruang legar Dewan Bankuet diadakan pengagihan dividen KOSPETA (Koperasi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan) kepada ahli-ahli di MBSA, walaupun ruangan pengagihan agak sempit dan terpaksa menunggu agak lama, nasib baik lah hanya ahli yang bernama dengan pangkal huruf A hingga S sahaja yang ada, yang lain tak ada kerana kesilapan pejabat KOSPETA telah menghantar senarai nama dan cek tersebut kemana pun tak tahu la, bila soalan ini diajukan kepada urusetia pengagihan pagi tadi, kasihan juga mereka, aku dapat la jugak sikit, tak banyak sebab menabung pun sikit aje, ade staff yang dapat dividen RM6,000 lebih kerana dia menabung melebihi RM34,000 lebih, woow.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, June 28, 2010

MESYUARAT PELAKSANAAN PROMISE 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Pagi ini aku di arahkan untuk menghadiri mesyuarat pelaksanaan Program Menyemarakkan Islam di Negeri Selangor (PROMISE) di Jabatan Agama Islam Selangor Tingkat 7, Bahagian Dakwah jam 9.00 pagi. Mesyuarat di pengerusikan oleh Ustazah Sabariah binti Haji Salleh (Pegawai Bahagian Dakwah JAIS).

1. Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan umul Quran.

2. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan program menyemarakkan Islam di Negeri Selangor (PROMISE) yang akan diadakan seperti berikut:-
Tarikh : 3 Julai 2010 ( Sabtu )
Tempat : Ruang Legar antara Bangunan PPAS dan PADAT (Muzium).
( Sila rujuk “layout plan” untuk lokasi program )
Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
Panel : 1. Y. Bhg Dr. Roslan bin Muhammad dan
: 2. Y. Bhg. Ustaz Haslin bin Baharin
VVIP : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
Jemputan : Dijangka seramai 500 orang.


3. Majilis Bandaraya Shah Alam diminta memberi bantuan seperti berikut:-

3:1. Menyediakan tempat letak kereta untuk urusetia di kawasan parking PADAT (Muzium) dan PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor).
Tindakan : Jbtn. Pelesenan dan Penguatkuasaan

3:2. Membersihkan kawasan program sebelum dan selepas majlis.
Tindakan : Jbtn. Perkhidmatan Bandar

3:3. Memaparkan program di papan LED Dataran dan Persimpangan Seksyen 9.
Tindakan : Jabatan ICT

3:4. Menyediakan 3 orang urusetia untuk membantu JAIS mengagihkan cenderahati dan makanan.
Tindakan : Jabatan Korporat

3:5. Membuat hiasan bunga berpasu di sekitar pentas.
Tindakan : Jabatan Taman dan Rekreasi

3:6. Periapan tempat pada hari Jumaat petang.
Tindakan : Semua Jabatan yang terlibat

4. Aturcara Program seperti berikut:

8.30 pagi - Kehadiran Jemputan dan Tetamu.

9.00 pagi - Ucapan Alu-aluan Pengerusi (Host/Tuan Rumah)

9.10 pagi - Slot Pertama Pengajian Berkitab
( Mengapa Saya Memeluk Islam )

10.10 pagi - Rehat (pengedaran minuman ringan)

10.20 pagi - Slot Kedua Motivasi Iman
( Di bawah Lembayung RahmatMu Tuhan )

5. Urusetia bagi program ini ialah Ustaz Ahmad Darul Akmal bin Mohamed Ali (STANCO HEI) di talian 019-3486585

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, June 25, 2010

KULIAH MAGHRIB DI KEDIAMAN RASMI DATUK BANDAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Malam tadi selepas solat Maghrib giliran Bahagian Audit serta Bahagian Tender dan Kontrak menjadi Hos bagi Kuliah Maghrib di Kediaman Rasmi Datuk Bandar. Tajuk ceramah ialah Sakaratul Maut di sampaikan oleh penceramah yang tak asing lagi di MBSA iaitu Ustaz Haji

Kehadiran kurang memuaskan, Ahli Majlis sorang pun tak ada, sebab saya tengok di Kediaman Rasmi MB juga ada majlis, tak tahula majlis apa, mungkin majlis pengajian jugak kot.

Majlis tamat selepas Solat Fardhu Isyak lebih kurang jam 9.30 malam. Bila nak balik tu aku sempat beli Susu Kambing plus Madu plus 30 juz Al-Quran keluaran Darul Quran Nurul Hasanah, Bukit Belimbing, Kuala Selangor dengan harga RM30.00 sekotak yang mengandungi 15 peket.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Thursday, June 24, 2010

MESYUARAT PERSIAPAN MAJLIS BACAAN YAASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN BAGI TAHUN 2010/1431

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari in jam 2.30 petang aku diarahkan menghadiri mesyuarat di atas, di Bilik Mesyuarat Utama, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, (Masjid Negeri) Shah Alam.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh S.S. Dato' Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi (Pengarah JAIS).

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat ini akan diadakan pada
Tarikh : 30 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 12.15 tengahari sebelum Solat Fardhu Jumaat.
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
VVIP : DYMM Sultan Selangor
Jemputan: 3000 orang


ATURCARA MAJLIS
12.15 tgh : Ketibaan Jemputan
12.30 tgh : Ketibaan YAB Dato’ Mentyeri Besar Selangor.
12.40 tgh : Keberangkatan tiba DYMM Sultan Selangor dan majlis dimulakan.

3. MBSA diminta membantu beberapa perkara seperti berikut:
3:1. Memasang bunting dan bendera Selangor di laluan utama DYMM dari Istana Mestika ke Masjid Negeri dan dalam kawasan Masjid SSAAS.
Tindakan : Jabatan Korporat

3:2. Membersihkan kawasan laluan utama DYMM Sultan Selangor dan sekitar Masjid SSAAS .

Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar

3:3. Dato’ Bandar diminta mengeluarkan arahan kepada semua kakitangan lelaki beragama Islam supaya dapat hadir ke masjid lebih awal iaitu jam 12.20 tengahari untuk menyambut ketibaan DYMM Sultan Selangor dan sama-sama membaca Yaasin dan bertahlil.

Tindakan : Jabatan Khidmat Pengurusan

4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang

Habis saje mesyuarat aku balik terus ke pejabat berjalan kaki merentas tasik dan kedai kopi 2, dan nampaklah sepasang kekasih sedang memadu asmara, sampai tak sedar aku jalan di sebelahnya, bila aku dah lepas baru mereka terkejut, ranger taman patut juga meronda di tasik belakang masjid dekat kedai kopi 2 yang ada air pancut tu.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuesday, June 22, 2010

KEMBALI BEKERJA SETELAH BERCUTI LAMA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Semalam 21 Jun hari pertama bertugas selepas lama bercuti ke SUKMA ke 13 di Melaka, semalam ingat nak update blog ni tapi komputer di pejabat tidak mengizinkannya, entah kenapa komputer tak boleh on sampai petang, agaknya merajuk sebab dah kena tinggal lebih kurang 2 minggu.

Keputusan pasukan lumba basikal selangor amat mengecewakan pada SUKMA kali ini, tidak mencapai sasaran pungutan pingat iaitu 3E, 3P, dan 3G. Jumlahnya 9 pingat. Pingat yang diperolehi hanya 7 butir sahaja iaitu 2E, 4P dan 1 G melalui pelumba dan acara berikut:

2 EMAS

1. Mohd Akmal Amrun acara 1km Ujian masa perseorangan lelaki.
2. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Jalan Raya lepas beramai-ramai perseorangan wanita.

4 PERAK

1. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Ujian masa berpasukan wanita.
Musliha Salim, Nur Farah Ain dan Nurul Shafinaz.
2. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Ujian masa perseorangan wanita.
3. Mohd Akmal Amrun acara Kriterium Point Race lelaki.
4. Nor Shariel Haizat Mohammed @ Talib acara 1.5km Down Hill lelaki.

1 GANGSA

1. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Kriterium Point Race wanita.

Nampak gayanya tak jadilah Skuad SUKMA ni pergi makan angin keluar negara sebagai insentif kalau berjaya memungut 6 pingat emas di SUKMA.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Wednesday, June 16, 2010

CUTI TANPA REKOD SUKMA KE 13 MELAKA 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Saya bercuti mulai 10 Jun hingga 19 Jun kerana menyertai Kontijen Lumba Basikal Selangor ke SUKMA ke 13 di Melaka. Pelumba semua tinggal di Politeknik Melaka di Merlimau, manakala pegawai persatuan ada yang tinggal bersepah-sepah, almaklum budget tak de dan hotel kesemuanya penuh, ada yang tidur di HASH Hotel, Taman Melaka Raya, di Straits Meridian Hotel Lebuh Raya AMJ, di Hotel Semabok Inn, di Rumah Basikal Melaka dan Hotel Equatorial Bandar Hilir.

Keputusan pungutan pingat khas untuk lumba basikal akan saya paparkan kemudian bila dah habis sukan lumba basikal pada hari Sabtu nanti.

Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, June 7, 2010

MESYUARAT PROGRAM MENYEMARAKKAN ISLAM DI NEGERI SELANGOR (PROMISE)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ini aku diarahkan menghadiri satu mesyuarat di pejabat EXCO Agama Islam di SUK bagi menggantikan Pegawai Tadbir, aku dimaklumkan selepas mesyuarat bermula, mesyuarat mula jam 10.30 pagi, aku dimaklumkan jam 11.00 pagi, pegi jugak lah aku dengan muka tebal, wakil yang last sampai, mesyuarat dah mula. YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali mempengerusikan mesyuarat.

Antara intipati mesyuarat dan tugas-tugas MBSA ialah seperti di bawah:

1. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan program menyemarakkan Islam di Negeri Selangor (PROMISE). Cadangan program ialah seminggu sekali setiap hari Sabtu, untuk permulaan program dicadangkan di buat ditempat tertutup dan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan akan dipindahkan ketempat yang lebih besar seperti Stadium Malawati.

2. Program ini mencakupi bidang-bidang utama berkaitan dengan Islam sebagai Addeen seperti aqidah, syariah, akhlak serta isu semasa khususnya yang berkaitan dengan amalan Islam dalam konteks kehidupan terkini.

3. Program ini hendaklah bebas daripada politik kepartian, kuliah disesuaikan dengan peserta yang hadir dan sebahagian dari kuliah mempunyai kitab-kitab rujukan.

4. Urusetia bagi program ini Jabatan Agama Islam Selangor.

5. Cadangan aturcara program ialah seperti berikut:

9.00 pagi - Kehadiran jemputan dan orang ramai.
Tayangan video Forum Perdana Ehwal Islam atau alunan nasyid.
9.30 pagi - Alu-aluan Pengerusi Majlis
9.35 pagi - Kuliah Pertama
10.30 pagi - Rehat (Air mineral dan kueh diedarkan)
10.40 pagi - Kuliah Kedua
11.30 pagi - Program tamat dengan Doa.

6. Cadangan Tarikh dan tempat program ini akan dilancarkan adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : Jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam.
Jemputan : 300 orang

Lawatan tapak akan diadakan pada petang ini (7 Jun 2010) jam 4.30 petang, semua jawatankuasa diminta hadir di tiga lokasi berikut:
6:1. Dewan Yayasan Restu Seksyen 10,
6:2. Dewan UNISEL Seksyen 7,
6:3. Dataran Shah Alam.

7. Sekiranya program diadakan di luar dewan maka MBSA ditugaskan untuk menyediakan peralatan seperti khemah, kerusi, meja, rostrum, hiasan, kebersihan kawasan sebelum dan selepas program serta kawalan lalulintas dan tempat letak kereta.

8. Peruntukan kewangan untuk melaksanakan program ini hendaklah dibiayai oleh jabatan/ajensi yang dipertanggungjawabkan dalam senarai tugasan.

9. YB. Dato’ Pengerusi dukacita kerana kebanyakan Ketua-Ketua Jabatan tidak hadir di kuliah agama di kediaman rasmi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

10. YB. Dato’ Pengerusi akan bermesyuarat dengan semua PBT bagi membincangkan perlunya mengujudkan Unit Agama Islam di PBT masing-masing yang diketuai oleh seorang Ustaz dan juga memohon agar satu atau dua unit Billboard di kawasan PBT di berikan kepada Jawatankuasa ini bagi memaparkan aktiviti keagamaan di peringkat negeri amnya.

11. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.

Doa berhadapan dengan musuh: Ya Allah, tutupilah rahsia kami dan berilah ketenangan dan keamanan kepada kami dari kebimbangan dan kekhuatiran kami.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.