Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Semalam 21 Jun hari pertama bertugas selepas lama bercuti ke SUKMA ke 13 di Melaka, semalam ingat nak update blog ni tapi komputer di pejabat tidak mengizinkannya, entah kenapa komputer tak boleh on sampai petang, agaknya merajuk sebab dah kena tinggal lebih kurang 2 minggu.
Keputusan pasukan lumba basikal selangor amat mengecewakan pada SUKMA kali ini, tidak mencapai sasaran pungutan pingat iaitu 3E, 3P, dan 3G. Jumlahnya 9 pingat. Pingat yang diperolehi hanya 7 butir sahaja iaitu 2E, 4P dan 1 G melalui pelumba dan acara berikut:
2 EMAS
1. Mohd Akmal Amrun acara 1km Ujian masa perseorangan lelaki.
2. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Jalan Raya lepas beramai-ramai perseorangan wanita.
4 PERAK
1. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Ujian masa berpasukan wanita.
Musliha Salim, Nur Farah Ain dan Nurul Shafinaz.
2. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Ujian masa perseorangan wanita.
3. Mohd Akmal Amrun acara Kriterium Point Race lelaki.
4. Nor Shariel Haizat Mohammed @ Talib acara 1.5km Down Hill lelaki.
1 GANGSA
1. Nurul Ahmar Badieuzzaman acara Kriterium Point Race wanita.
Nampak gayanya tak jadilah Skuad SUKMA ni pergi makan angin keluar negara sebagai insentif kalau berjaya memungut 6 pingat emas di SUKMA.
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tuesday, June 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment