Tuesday, June 29, 2010

MAJLIS PERHIMPUNAN BERSAMA DATUK BANDAR KALI KELIMA TAHUN 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Hari ini 29 Jun 2010 jam 8.00 pagi diadakan majlis perhimpunan bersama Datuk Bandar di Auditorium MBSA (Pentas Mentor).

Hos pada hari ini ialah Jabatan Kejuruteraan.

Wakil Ahli Majlis yang berucap ialah Encik Ang Leng Kiat. Datuk Bandar memuji ucapannya yang penuh bersemangat dan kalau ada pemilihan Ahli Majlis oleh penjawat awam, beliau boleh menang kalau diundi oleh staff MBSA.

Tayangan video pagi ini ialah Tribute to GAZA, timbul gak perasaan sedih kepada penduduk palestin dan marah serta geram kepada yahudi laknatullah.

Bahagian Penguatkuasa telah memenangi pertandingan Kawat Formasi sempena sambutan Hari Bandaraya Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang telah diadakan pada 19 Jun 2010 lepas.

Encik Mohd. Noor dari Jabatan Taman dan Rekreasi telah dianugerahkan Khidmat Setia kerana telah berkhidmat selama 25 tahun dan beliau menerima sijil dan wang tunai RM4,000.00 manakala Encik Mohd. Suraiti bin Jungin juga telah dianugerahkan Khidmat Setia kerana telah berkhidmat melebihi 35 tahun dengan menerima sijil dan wang tunai RM2,000.00.

Makanan dan minuman pagi ini tidak mencukupi kerana ada segelintir kakitangan yang telah mengambil sendiri makanan di kaunter makanan kerana tiada kawalan diberi, iaitu sebelum perhimpunan tamat semasa Datuk Bandar sedang berucap, tiada kawalan yang tegas dari Jabatan yang menjadi Hos.

Di ruang legar Auditorium juga diadakan Derma Darah yang dibuat oleh HTAR Klang, pada pandangan saya kalau boleh lain kali skuad derma darah HTAR Klang ini diarah datang lebih awal, kerana semasa skuad ini datang dan membawa peralatan ke ruang legar Auditorium, semasa inilah juga perhimpunan kita telah tamat, dan kakitangan berpusu-pusu untuk mengambil kupon kehadiran dan bungkusan makanan dan minuman, menyebabkan keadaan agak kecoh sedikit di ruang legar ini.

Nasib baik ada penawar, kerana di tingkat G ruang legar Dewan Bankuet diadakan pengagihan dividen KOSPETA (Koperasi Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan) kepada ahli-ahli di MBSA, walaupun ruangan pengagihan agak sempit dan terpaksa menunggu agak lama, nasib baik lah hanya ahli yang bernama dengan pangkal huruf A hingga S sahaja yang ada, yang lain tak ada kerana kesilapan pejabat KOSPETA telah menghantar senarai nama dan cek tersebut kemana pun tak tahu la, bila soalan ini diajukan kepada urusetia pengagihan pagi tadi, kasihan juga mereka, aku dapat la jugak sikit, tak banyak sebab menabung pun sikit aje, ade staff yang dapat dividen RM6,000 lebih kerana dia menabung melebihi RM34,000 lebih, woow.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment