Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Hari ini aku diarahkan menghadiri satu mesyuarat di pejabat EXCO Agama Islam di SUK bagi menggantikan Pegawai Tadbir, aku dimaklumkan selepas mesyuarat bermula, mesyuarat mula jam 10.30 pagi, aku dimaklumkan jam 11.00 pagi, pegi jugak lah aku dengan muka tebal, wakil yang last sampai, mesyuarat dah mula. YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali mempengerusikan mesyuarat.
Antara intipati mesyuarat dan tugas-tugas MBSA ialah seperti di bawah:
1. Pengerusi mengalu-alukan semua yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan program menyemarakkan Islam di Negeri Selangor (PROMISE). Cadangan program ialah seminggu sekali setiap hari Sabtu, untuk permulaan program dicadangkan di buat ditempat tertutup dan setelah mendapat sambutan yang menggalakkan akan dipindahkan ketempat yang lebih besar seperti Stadium Malawati.
2. Program ini mencakupi bidang-bidang utama berkaitan dengan Islam sebagai Addeen seperti aqidah, syariah, akhlak serta isu semasa khususnya yang berkaitan dengan amalan Islam dalam konteks kehidupan terkini.
3. Program ini hendaklah bebas daripada politik kepartian, kuliah disesuaikan dengan peserta yang hadir dan sebahagian dari kuliah mempunyai kitab-kitab rujukan.
4. Urusetia bagi program ini Jabatan Agama Islam Selangor.
5. Cadangan aturcara program ialah seperti berikut:
9.00 pagi - Kehadiran jemputan dan orang ramai.
Tayangan video Forum Perdana Ehwal Islam atau alunan nasyid.
9.30 pagi - Alu-aluan Pengerusi Majlis
9.35 pagi - Kuliah Pertama
10.30 pagi - Rehat (Air mineral dan kueh diedarkan)
10.40 pagi - Kuliah Kedua
11.30 pagi - Program tamat dengan Doa.
6. Cadangan Tarikh dan tempat program ini akan dilancarkan adalah seperti berikut:
Tarikh : 3 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : Jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : Dewan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam.
Jemputan : 300 orang
Lawatan tapak akan diadakan pada petang ini (7 Jun 2010) jam 4.30 petang, semua jawatankuasa diminta hadir di tiga lokasi berikut:
6:1. Dewan Yayasan Restu Seksyen 10,
6:2. Dewan UNISEL Seksyen 7,
6:3. Dataran Shah Alam.
7. Sekiranya program diadakan di luar dewan maka MBSA ditugaskan untuk menyediakan peralatan seperti khemah, kerusi, meja, rostrum, hiasan, kebersihan kawasan sebelum dan selepas program serta kawalan lalulintas dan tempat letak kereta.
8. Peruntukan kewangan untuk melaksanakan program ini hendaklah dibiayai oleh jabatan/ajensi yang dipertanggungjawabkan dalam senarai tugasan.
9. YB. Dato’ Pengerusi dukacita kerana kebanyakan Ketua-Ketua Jabatan tidak hadir di kuliah agama di kediaman rasmi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
10. YB. Dato’ Pengerusi akan bermesyuarat dengan semua PBT bagi membincangkan perlunya mengujudkan Unit Agama Islam di PBT masing-masing yang diketuai oleh seorang Ustaz dan juga memohon agar satu atau dua unit Billboard di kawasan PBT di berikan kepada Jawatankuasa ini bagi memaparkan aktiviti keagamaan di peringkat negeri amnya.
11. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.20 tengahari.
Doa berhadapan dengan musuh: Ya Allah, tutupilah rahsia kami dan berilah ketenangan dan keamanan kepada kami dari kebimbangan dan kekhuatiran kami.
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment