Monday, February 28, 2011

MESYUARAT PELAKSANAAN MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2011

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mesyuarat terebut diadakan pada 23 Februari 2011 (Rabu) jam 3.00 petang di Bilik Mesyuarat haji Ali, JAIS, Tingkat 6, Bangunan SIS dan dipengerusikan oleh Al-Fathil Tuan Haji Ali bin Mohamed, Timbalan Pengarah JAIS.

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-
1. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor tahun 1432H/2011M yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 7 hingga 10 Mac 2011 ( Isnin hingga Khamis )
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam
Perasmian Pembukaan : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor
Perasmian Penutupan : DYMM Sultan Selangor

2. MBSA diminta membantu dalam beberapa perkara iaitu:-
3:1. Membekalkan bunga berpasu di pentas utama.
3:2. Memasang bunting selangor di laluan Tuanku dari Istana Mestika ke Bangunan SSAAS sahaja. Dalam kawasan Jubli Perak akan di pasang oleh SUK sendiri.
3:3. Memaparkan program di paparan LED Dataran Shah Alam dan persimpangan hadapan Hotel Concorde.

3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera.

4. Urusetia program dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Ustaz Shahid melalui talian 017- 6538702.

5. Aturcara program ialah seperti berikut:

Tarikh : 7 Mac 2011 - Perasmian
8.00 mlm. - Ketibaan orang ramai/jemputan.
9.00 mlm. - Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
- Bacaan Doa.
- Ucapan alu-aluan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri.
- Ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
- Majlis menghafaz Al-Quran dimulakan.
11.00 mlm. - Jamuan/Bersurai.

Tarikh : 10 Mac 2011 - Penutup.
8.00 mlm. - Ketibaan orang ramai/jemputan.
8.50 mlm. - Ketibaan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.
9.00 mlm. - Keberangkatan tiba DYMM Sultan Selangor.
- Sembah ucapan oleh YB SUK.
- Titah ucapan penutupan rasmi DYMM Sultan Selangor.
- Penyampaian hadiah.
- Bacaan Doa oleh SS Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor
- Majlis santapan/Jamuan/Bersurai.

6. Persiapan tempat pada 7 Mac 2011 jam 8.00 pagi dan raptai pada hari yang sama jam 3.00 petang.

7. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

MEYSUARAT PELAKSANAAN AGENDA RAKYAT UNTUK SELANGOR (ARUS)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mesyuarat diadakan pada 23 Februari 2011 (Rabu) jam 10.00 pagi di Tingkat 21, Pejabat YAB Dato' menteri Besar Selangor dan dipengerusikan oleh Puan Faekah Hj. Hussin (Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor).

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-

1. Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan Majlis Pelancaran Agenda Rakyat Untuk Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 26 Mac 2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

Tempat : Dataran Dewan Undangan Negeri Selangor

VVIP : YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

Jemputan : Anggaran 1,000 orang jemputan

2. MBSA bersama UPEN dilantik sebagai ahli dalam Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat yang di Pengerusikan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan SUK.

3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera dan mengemukakan perbelanjaan kepada pihak urusetia iaitu Puan Tricia Yeoh Su-Wern selewat-lewatnya pada Khamis 3 Mac 2011 untuk semakan dan kelulusan EXCO.

4. Semua PBT diminta menyertai pameran sempena program ini yang akan berlangsung pada 26 Mac 2011 mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam.

5. Urusetia program dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Cik Tricia Yeoh Su-Wern melalui talian 012- 6122 100.

6. Cadangan aturcara program ialah seperti berikut:

Tarikh : 26 Mac 2011.

10.00 pagi - Pameran Ajensi Kerajaan dan IKS.

5.00 ptg - Pelancaran Agenda Rakyat untuk Selangor (ARUS) oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

- Sidang Media

7.30 mlm - Solat Maghrib berjemaah

8.00 mlm - Bacaan Sajak oleh Y.Bhg. Dato’ A.Samad Said.

- Ucapan Perasmian Buku Liku-Liku Reformasi oleh

YAB Dato’ Menteri Besar Selanngor.

- Lawatan ke khemah pameran dan jualan.

- Persembahan oleh kumpulan muzik ‘The Society’

- Persembahan wayang kulit oleh Alumni Sekolah Politik Institut Kajian Dasar.

- Bacaab sajak oleh Pyan Habib.

- Ucapan khas oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor).

- Perasmian Penutup oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor.

- Bersurai.

7. Peralatan untuk pameran boleh dibawa masuk pada 25 Mac 2011 jam 4.00 petang.

8. Mesyuarat kali ketiga akan diadakan pada 8 Mac 2011 dan semua pengerusi diminta membawa maklumat yang lengkap untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengahari.

MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PAMERAN SEMPENA PELANCARAN BUKU JINGGA DAN SAMBUTAN 3 TAHUN PENTADBIRAN BARU SELANGOR

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada 22 Februari 2011 (Selasa) jam 2.30 petang di Tingkat 19, Bangunan SSAAS dan di pengerusikan oleh En. Ahmad Mahzan bin Bohari, Penolong Setiausaha Bahagian Korporat SUK.

Antara keputusan yang diambil ialah:-

1. Beliau memaklumkan bahawa Mesyuarat hari ini adalah untuk membincangkan persiapan dan komitmen ahli mesyuarat untuk menyertai pameran sempena Majlis Pelancaran Buku Jingga dan Sambutan Tiga (3) Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 5 dan 6 Mac 2011 ( Sabtu dan Ahad )

Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 malam.

Tempat : Dataran Stadium Malawati, Shah Alam.

2. Semua Jabatan yang hadir bersetuju untuk menyertai pameran tersebut dan peralatan bolehlah dibawa masuk ke tapak awal pagi pada 5 Mac 2011. Perasmian pameran akan dilakukan oleh YB Dato’ Dr. Hassan Mohamed Ali pada jam 10.30 pagi 5 Mac 2011 di tapak pameran.

3. ‘Booth’ akan diberi percuma yang berukuran 10’x10’ dengan dilengkapi satu unit ‘plug point’, sebuah meja dan dua buah kerusi. Pelan Lakar dan penetapan ‘booth’ untuk peserta akan di tentukan oleh urusetia iaitu Jabatan Korporat SUK pada minggu hadapan dan surat akan diedarkan kemudian.

4. Antara tugas MBSA ialah:

5:1. Membuat kawalan di tempat pameran selepas tamat waktu pameran pada 5 Mac 2011 sehingga awal pagi 6 Mac 2011.

5. Urusetia bagi program ini ialah Bahagian Korporat SUK dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Ahmad Mahzan Bohari melalui talian 012-6468656 .

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Friday, February 25, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN PERARAKAN MAULIDUR-RASUL 1432H DAERAH PETALING

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Mesyuarat diadakan pada 16 Februari 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung Pejabat Daerah Petaling dan di Pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Zulkepli bin Ahmad, Pegawai Daerah Petaling.

Antara cadangan dan keputusan mesyuarat ialah:-

1. Mesyuarat bersetuju agar majlis ini diadakan pengisiannya dengan ceramah atau forum seperti berikut:-

Tarikh : 3 atau 4 Mac 2011 (mengikut kesesuaian penceramah)

Masa : Mulai maghrib hingga jam 10.30 malam.

Tempat : Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

Penceramah : Ustaz Farid Ravi Abdullah Al-Hafiz.

Jemputan : Semua jawatankuasa masjid/surau dalam daerah.

2. Oleh kerana majlis ini diadakan di Kota Damansara iaitu di bawah pentadbiran Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, maka Majlis Bandar Raya Shah Alam tidak terlibat, walau bagaimanapun sekiranya ingin membantu amatlah dialu-alukan.

3. Pejabat Agama Islam Daerah Petaling selaku urusetia program diminta menghubungi Nazir Masjid yang terlibat untuk memaklumkan mengenai program ini dan memanggil mesyuarat kali kedua di masjid tersebut.

4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi.


MESYUARAT JAWATANKUASA PELANCARAN BUKU JINGGA DAN SAMBUTAN 3 TAHUN PENTADBIRAN BARU NEGERI SELANGOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada 11 Februari 2011 (Jumaat) jam 9.00 pagi saya diminta hadir ke mesyuarat di atas di Bilik Mesyuarat Seroja, Tingkat 1, Bangunan SSAAS dan di pengerusikan oleh YB. Dato' Dr. Haji Hassan bin Mohamed Ali (EXCO Kerajaan Negeri Selangor).

Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-

1.Tarikh :Tarikh : 5 Mac 2011 ( Sabtu )

Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 malam.

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.

VVIP : 1. YB Dato’ Sri Anwar Ibrahim.

2. YB Lim Kit Siang.

3. YB Ustaz Abd. Hadi Awang dan

4. YAB Dato Menteri Besar Selangor.

Jemputan : Anggaran 10,000 orang jemputan

2. MBSA telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Logistik, Persiapan dan Keselamatan dan ahlinya terdiri dari JKR, JAIS, SYABAS, Bahagian Korporat SUK, PDRM dan RELA.

3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera dan mengemukakan perbelanjaan kepada pihak urusetia iaitu Bahagian Korporat SUK selewat-lewatnya pada Isnin 14 Februari 2011 untuk semakan dan kelulusan EXCO.

4. Antara tugas MBSA ialah untuk menyediakan:

4:1. Sofa secukupnya.

4:2. Coffee Table secukupnya.

4:3. Menyediakan bilik menunggu untuk VVIP.

4:4. Pentas yang sesuai untuk persembahan.

4:5. Tandas Bergerak secukupnya.

4:6. Mengawal lalulintas dan Tempat Letak Kereta.

4:7 Rostrum 2 unit

5. Urusetia bagi program ini ialah Bahagian Korporat SUK dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Ahmad Mahzan melalui talian 012-6468656 .

6. Cadangan aturcara program ialah seperti berikut:

8.30 pagi - Perlawanan Futsal di Extreme Park Seksyen 13.
10.00 pagi - Pertandingan Go-Kart, Pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak.
2.00 petang - Ceramah motivasi.
4.00 petang - Persembahan hiburan
7.00 malam - Ketibaan jemputan dan VVIP
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah dan Tazkirah
8.40 malam - Solat Isya’ berjemaah.
- Amanat dari 4 orang VVIP
- Persembahan Video pencapaian 3 tahun
- Gimik pelancaran Buku Jingga.
- Jamuan dan bersurai.

7. Raptai akan diadakan pada 4 Mac 2011 jam 3.00 petang.

8. Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 18 Februari 2011 jam 3.30 petang.

9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.


MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM JOM TEROPONG ANGKASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada 19 Januari 2011 (Rabu) jam 9.0 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Haji Yusof Tingkat 7, Jabatan Mufti Selangor dipengerusikan oleh SS Dato' Haji Abdul Majid Omar (Timbalan Mufti).

Antara keputusan dan cadangan yang dikemukakan ialah:
1. Tempat di Dataran Kemerdekaan mulai jam 8.30 malam hingga 11.00 malam setiap hari Sabtu seperti tarikh di bawah:-
19/2, 19/3, 23/4, 28/5, 18/6, 23/7, 17/9, 15/10, 12/11 dan 17/12.


2. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan orang ramai mengenai ilmu falak disamping dapat melihat cakerawala serta mendekatkan diri kepada pencipta dan akan dijalankan secara santai dimana orang ramai boleh membawa keluarga dan tikar serta makanan ringan.

3. Majlis di minta membantu untuk melancarkan program ini, antara tugas-tugas serta tanggungjawab MBSA adalah seperti berikut:-

3:1. Memberi kebenaran menggunakan Dataran Kemerdekaan seperti tarikh yang telah dijadualkan.

Tindakan : Jabatan Korporat.

3:2. Membantu menyediakan P.A. System untuk tujuan taklimat sebelum dan selepas cerapan dilakukan.

Tindakan : Jabatan Korporat

3:3. Mempromosikan program di LED Board majlis dan memaklumkan kepada penduduk sekitar melalui Jawatankuasa MPP Zon.

Tindakan : Jabatan Korporat dan ICT

3:4. Memadamkan lampu disekitar Dataran Kemerdekaan semasa program berjalan selama 2 jam iaitu antara jam 9.00 malam hingga 11.00 malam untuk memudahkan cerapan.

Tindakan : Jabatan Kejuruteraan

3:5. Bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menutup laluan di hadapan Dataran Kemerdekaan sepanjang program berjalan.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan

3:6. Menyediakan tong sampah di sekitar Dataran Kemerdekaan sepanjang program berjalan.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan

4. Y. Bhg. Dato’ Pengerusi menjemput semua yang hadir dalam mesyuarat ini dan Ketua-ketua Jabatan untuk sama-sama hadir dalam program meneropong angkasa ini.

5. Mesyuarat akan datang ialah pada 9 Februari 2011 bagi mendapatkan maklumbalas mengenai persiapan yang telah dibuat oleh ajensi yang terbabit.

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi

MESYUARAT TAHUN BARU CINA MPP ZON 12 KOTA KEMUNING

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada 17 Januari 2011 (Isnin) jam 11.00 pagi di Pejabat MPP Zon 12 diadakan mesyuarat penyelarasan Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran MPP Zon 12.

Cadangan sambutan pada 16 Februari 2011 (Rabu) mulai jam 8.00 malam di kawasan Tasik Kota Kemuning.

Jabatan Korporat diminta membantu dari segi logistik, jemputan dan mengadakan Sidang Akhbar.

Perbelanjaan adalah sumbangan 9 MPP yang terlibat @ RM1,500.00, Datuk Bandar RM15,000.00, ADUN RM15,000.00 dan selebihnya dari penaja yang akan diuruskan oleh pejabat cawangan Kota Kemuning.

Mesyuarat akan datang pada 21 Januari jam 3.00 petang di tempat yang sama.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengahari.

MESYUARAT UNIT KERAIAN BERSAMA PENYELIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Meyuarat diadakan pada 13 Januari 2011 di Setor Bendera Seksyen 17 jam 8.45 pagi dan dipengerusikan oleh Encik Nor Hisham Abd Ghafar, Penolong Jurutera.

Antara cadangan dan keputusan oleh pihak pekerja ialah:-
1. Permohonan cuti rehat hendaklah dikemukakan 5 hari sebelum bercuti dan mesti ada pengganti dan serahkan kepada Mohd Ariffin atau Hairizah.
2. Carta Bahagian Keraian sekarang ialah seperti berikut:
Ketua : Puan Nor Asnani Karim
Penyelia : En. Nor Hisham Abd Ghafar
Pen. Pegawai Tadbir : Mohd Ariffin Saleh
: Hairizah Khairuddin
Juruteknik : K.Uhayakumaran
Ketua Unit Khemah : Tajuddin Puchu
Ketua Unit Bendera : Mustafa fadzil
Ketua Unit Elektrik : Asra Jumadi Ramlee
3. Ketua Kumpulan 5S.
Fasilitator : Nor Hisham Abd. Ghafar
Ketua : K.Uhayakumaran
Ahli : Tajuddin Puchu
Mustafa Fadzil
Asra Jumadi Ramlee
4. Inventori barangan akan dibuat 2 kali setahun.
5. Sepasang baju hujan dan 2 helai T-Shirt berkolar akan dibekalkan kepada pekerja.
6. Pakaian keselamatan topi, kasut dan sarung tangan serta vest reflector hendaklah dipakai semasa bertugas sekiranya telah dibekalkan.
7. Lawatan selama 3 hari 2 malam akan dirancang segera.
8. Mohon kad minyak di simpan di jabatan untuk memudahkan sekiranya terlepas mengisi di setor.
9. Pemandu unit lain sekiranya diarahkan membantu unit lain hendaklah membantu.
10.Setiap pekerja mestilah belajar kerja-kerja untuk unit lain bagi memudahkan kerja sekiranya ada pekerja yang bercuti atau sakit.
11.Mesyuarat akan diadakan tiga bulan sekali ditempat yang sama.

Mesyuarat ditangguhkan jam 9.45 pagi.



MESYUARAT BERSAMA PENGARAH JABATAN KORPORAT KALI PERTAMA TAHUN 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada tahun baru 2011 ini iaitu bersamaan 7 Januari 2011, mesyuarat bersama Pengarah Jabatan Korporat telah diadakan di Bilik Mokara jam 8.30 pagi, antara keputusan dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:-

1. Perhimpuna bulana sebulan sekali, akan dimulakan pada 18 Januari 2011 bertempat di Laman MBSA, Puan Hairizah akan menyusun jadual perhimpunan tersebut.
2. Bacaan Yaasin juga akan di buat di Bahagian Kebudayaan, tetapi tarikhnya belum diputuskan lagi.
3. Puan Hairizah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kerja-kerja kualiti dan ISO.
4. Tambahkan maklumat mengenai perkhidmatan pengkebumian dan tanah kubur MBSA.
5. Sukan untuk MPP akan diadakan 2 tahun sekali mengikut sesi Ahli Majlis.
6. Acara sukan dicadangkan di buat di luar kawasan pusat bandar seperti sungai buloh atau kemuning.
7. Buat satu inovasi iaitu formatkan satu borang bersepadu untuk permohonan penggunaan tempat dan peralatan serta sewan yang di bawah seliaan jabatan ini.
8. Susuna program bagi SKT hendaklah mengikut turutan iaitu bagi bulan Januari hendaklah di awalkan.
9. Jamuan makan kelab rekreasi akan diadakan pada 26 Januari 2011 di Dewan Bankuet.
10. Pada 26 Mac 2011 adalah hari Global Warming dilancarkan serentak seluruh dunia.
11. Pekerja diminta memakai dan menggunakan peralatan keselamatan semasa menjalankan tugas demi untuk keselamatan (saftey first).
12. Bahagian keraian diminta membuat satu inovasi papan tunjuk arah yang lebih baik dari yang ada sekarang dan bertaraf korporat.

Wednesday, February 16, 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H PERINGKAT DAERAH PETALING

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pagi jam 9.30 pagi ni saya diarahkan untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa sambutan maulidurRasul 1432H peringkat daerah petaling di bilik mesyuarat bunga tanjung tingkat 2, pejabat daerah /tanah petaling.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Zulkepli bin Ahmad, Pegawai Daerah Petaling.

Keputusan mesyuarat adalah seperti berikut:-
1. Program akan diadakan secara forum perdana selepas solat Isyak.
2. Tempat dicadangkan ialah di Masjid Kota Damansara.
3. Tarikh dicadangkan antara 3 dan 4 Mac 2011 (tentatif date)
4. Penceramah Ustaz Farid Ravi Abdullah.
5. Mesyuarat yang akan datang akan di buat di masjid tersebut dan dipengerusikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi.