Mesyuarat diadakan pada 16 Februari 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Bunga Tanjung Pejabat Daerah Petaling dan di Pengerusikan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Zulkepli bin Ahmad, Pegawai Daerah Petaling.
Antara cadangan dan keputusan mesyuarat ialah:-
1. Mesyuarat bersetuju agar majlis ini diadakan pengisiannya dengan ceramah atau forum seperti berikut:-
Tarikh : 3 atau 4 Mac 2011 (mengikut kesesuaian penceramah)
Masa : Mulai maghrib hingga jam 10.30 malam.
Tempat : Masjid
Penceramah : Ustaz Farid
Jemputan : Semua jawatankuasa masjid/surau dalam daerah.
2. Oleh kerana majlis ini diadakan di Kota Damansara iaitu di bawah pentadbiran Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, maka Majlis Bandar Raya Shah Alam tidak terlibat, walau bagaimanapun sekiranya ingin membantu amatlah dialu-alukan.
3. Pejabat Agama Islam Daerah Petaling selaku urusetia program diminta menghubungi Nazir Masjid yang terlibat untuk memaklumkan mengenai program ini dan memanggil mesyuarat kali kedua di masjid tersebut.
4. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.35 pagi.
No comments:
Post a Comment