Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah pada tahun baru 2011 ini iaitu bersamaan 7 Januari 2011, mesyuarat bersama Pengarah Jabatan Korporat telah diadakan di Bilik Mokara jam 8.30 pagi, antara keputusan dan maklumat mesyuarat adalah seperti berikut:-
1. Perhimpuna bulana sebulan sekali, akan dimulakan pada 18 Januari 2011 bertempat di Laman MBSA, Puan Hairizah akan menyusun jadual perhimpunan tersebut.
2. Bacaan Yaasin juga akan di buat di Bahagian Kebudayaan, tetapi tarikhnya belum diputuskan lagi.
3. Puan Hairizah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan kerja-kerja kualiti dan ISO.
4. Tambahkan maklumat mengenai perkhidmatan pengkebumian dan tanah kubur MBSA.
5. Sukan untuk MPP akan diadakan 2 tahun sekali mengikut sesi Ahli Majlis.
6. Acara sukan dicadangkan di buat di luar kawasan pusat bandar seperti sungai buloh atau kemuning.
7. Buat satu inovasi iaitu formatkan satu borang bersepadu untuk permohonan penggunaan tempat dan peralatan serta sewan yang di bawah seliaan jabatan ini.
8. Susuna program bagi SKT hendaklah mengikut turutan iaitu bagi bulan Januari hendaklah di awalkan.
9. Jamuan makan kelab rekreasi akan diadakan pada 26 Januari 2011 di Dewan Bankuet.
10. Pada 26 Mac 2011 adalah hari Global Warming dilancarkan serentak seluruh dunia.
11. Pekerja diminta memakai dan menggunakan peralatan keselamatan semasa menjalankan tugas demi untuk keselamatan (saftey first).
12. Bahagian keraian diminta membuat satu inovasi papan tunjuk arah yang lebih baik dari yang ada sekarang dan bertaraf korporat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment