Friday, February 25, 2011

MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM JOM TEROPONG ANGKASA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pada 19 Januari 2011 (Rabu) jam 9.0 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Haji Yusof Tingkat 7, Jabatan Mufti Selangor dipengerusikan oleh SS Dato' Haji Abdul Majid Omar (Timbalan Mufti).

Antara keputusan dan cadangan yang dikemukakan ialah:
1. Tempat di Dataran Kemerdekaan mulai jam 8.30 malam hingga 11.00 malam setiap hari Sabtu seperti tarikh di bawah:-
19/2, 19/3, 23/4, 28/5, 18/6, 23/7, 17/9, 15/10, 12/11 dan 17/12.


2. Tujuan program ini adalah untuk mendedahkan orang ramai mengenai ilmu falak disamping dapat melihat cakerawala serta mendekatkan diri kepada pencipta dan akan dijalankan secara santai dimana orang ramai boleh membawa keluarga dan tikar serta makanan ringan.

3. Majlis di minta membantu untuk melancarkan program ini, antara tugas-tugas serta tanggungjawab MBSA adalah seperti berikut:-

3:1. Memberi kebenaran menggunakan Dataran Kemerdekaan seperti tarikh yang telah dijadualkan.

Tindakan : Jabatan Korporat.

3:2. Membantu menyediakan P.A. System untuk tujuan taklimat sebelum dan selepas cerapan dilakukan.

Tindakan : Jabatan Korporat

3:3. Mempromosikan program di LED Board majlis dan memaklumkan kepada penduduk sekitar melalui Jawatankuasa MPP Zon.

Tindakan : Jabatan Korporat dan ICT

3:4. Memadamkan lampu disekitar Dataran Kemerdekaan semasa program berjalan selama 2 jam iaitu antara jam 9.00 malam hingga 11.00 malam untuk memudahkan cerapan.

Tindakan : Jabatan Kejuruteraan

3:5. Bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menutup laluan di hadapan Dataran Kemerdekaan sepanjang program berjalan.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan

3:6. Menyediakan tong sampah di sekitar Dataran Kemerdekaan sepanjang program berjalan.

Tindakan : Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasan

4. Y. Bhg. Dato’ Pengerusi menjemput semua yang hadir dalam mesyuarat ini dan Ketua-ketua Jabatan untuk sama-sama hadir dalam program meneropong angkasa ini.

5. Mesyuarat akan datang ialah pada 9 Februari 2011 bagi mendapatkan maklumbalas mengenai persiapan yang telah dibuat oleh ajensi yang terbabit.

6. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.30 pagi

No comments:

Post a Comment