Pada 11 Februari 2011 (Jumaat) jam 9.00 pagi saya diminta hadir ke mesyuarat di atas di Bilik Mesyuarat Seroja, Tingkat 1, Bangunan SSAAS dan di pengerusikan oleh YB. Dato' Dr. Haji Hassan bin Mohamed Ali (EXCO Kerajaan Negeri Selangor).
Antara keputusan mesyuarat yang diambil ialah:-
1.Tarikh :Tarikh : 5 Mac 2011 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi hingga 11.30 malam.
Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam.
VVIP : 1. YB Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
2. YB Lim Kit Siang.
3. YB Ustaz Abd. Hadi Awang dan
4. YAB Dato Menteri Besar Selangor.
Jemputan : Anggaran 10,000 orang jemputan
2. MBSA telah diberikan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Logistik, Persiapan dan Keselamatan dan ahlinya terdiri dari JKR, JAIS, SYABAS, Bahagian Korporat SUK, PDRM dan RELA.
3. Semua pengerusi jawatankuasa yang telah dilantik diminta mengadakan mesyuaratnya dengan segera dan mengemukakan perbelanjaan kepada pihak urusetia iaitu Bahagian Korporat SUK selewat-lewatnya pada Isnin 14 Februari 2011 untuk semakan dan kelulusan EXCO.
4. Antara tugas MBSA ialah untuk menyediakan:
4:1. Sofa secukupnya.
4:2. Coffee Table secukupnya.
4:3. Menyediakan bilik menunggu untuk VVIP.
4:4. Pentas yang sesuai untuk persembahan.
4:5. Tandas Bergerak secukupnya.
4:6. Mengawal lalulintas dan Tempat Letak Kereta.
4:7 Rostrum 2 unit
5. Urusetia bagi program ini ialah Bahagian Korporat SUK dan pegawai yang boleh dihubungi ialah Encik Ahmad Mahzan melalui talian 012-6468656 .
8.30 pagi - Perlawanan Futsal di Extreme Park Seksyen 13.
10.00 pagi - Pertandingan Go-Kart, Pertandingan memasak, pertandingan mewarna kanak-kanak.
2.00 petang - Ceramah motivasi.
4.00 petang - Persembahan hiburan
7.00 malam - Ketibaan jemputan dan VVIP
7.30 malam - Solat Maghrib berjemaah dan Tazkirah
8.40 malam - Solat Isya’ berjemaah.
- Amanat dari 4 orang VVIP
- Persembahan Video pencapaian 3 tahun
- Gimik pelancaran Buku Jingga.
- Jamuan dan bersurai.
7. Raptai akan diadakan pada 4 Mac 2011 jam 3.00 petang.
8. Mesyuarat kali kedua akan diadakan pada 18 Februari 2011 jam 3.30 petang.
9. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.
No comments:
Post a Comment