Pada 11 Mei 2010 jam 9.45 pagi mesyuarat jabatan di bilik Mokara di mulakan. Tapi kami sarapan dulu sebab pagi tu jam 8.00 ada perhimpunan jabatan korporat dan sesi memperkenalkan kakitangan baru dan pelajar praktikal.
Semua Pegawai A dan B serta PT(ksu)hadir kecuali yang bercuti, cuti sakit dan bertugas untuk pameran (Ini dah tentu Nor Asszale Pen. Kurator).
Dimulakan dengan salam sebanyak dua kali, kerana salam pertama jawapan tak memberangsangkan.
Dimulakan dengan salam sebanyak dua kali, kerana salam pertama jawapan tak memberangsangkan.
PERKARA BERBANGKIT:
1. Kertas cadangan pengambilan pelajar praktikal jurusan grafik dari UNISEL belum buat lagi.
2. Laporan tahunan, Jabatan Taman dan Stadium belum hantar.
3. Design dan write up Teater Selangor belum diserahkan oleh konsultan.
4. Zaidah minta aturkan lawatan ke Melaka untuk bahagian keraian, pergi petang, balik malam.
5. Rina diminta aturkan tarikh baru untuk perjumpaan keluarga soccerkids bersama DB.
6. 16 Mei FRIENZ akan mengecat tugu SUKOM di sek. 13 diuruskan oleh Shahrulnezam.
7. Pengerusi minta raptai di buat apabila membuat sesuatu program.
8. Jaid Idham minta mengaturkan perjumpaan Atlit SUKMA dengan DB.
9. Perlawanan Futsal antara AM dan Pasukan DB pada 22 atau 23 Mei.
10.Asnani minta hubungi Khidmat Pengurusan (Madiyan Baweh) mengenai perjawatan yang dipohon.
11.PRO/PPT2/PP/APRO jumpa pengarah setiap Isnin pagi mulai minggu depan.
12.Selangor Shines Hunt selepas pelepasan jamuan di kedai kopi 2.
13.Zaidah minta buat surat tahniah kepada pengerusi kelab warga emas yang baru.
14.Jaid diminta pastikan tuntutan OT staff bahagian tidak lebih 1/3 gaji
15.Pertandingan koir antara jabatan tidak mendapat sambutan. Semua PTO Korporat wajib menyertai pasukan koir MBSA.
16.Hisham minta turunkan bunting yang telah tamat acara di sekitar Shah Alam Walk dan Dataran Shah Alam.
PERBINCANGAN
1. Hisham diminta cari sebutharga pemasangan marque tent di laman budaya (permanent)
2. Dicadangkan bahagian PM ke bawah tangga di Galeri MBSA.
3. Program Gerakan membaca pada 26 Jun
4. Ariffin diminta buat surat memohon kepada BLQ membuat kursus menulis minit dan laporan mesyuarat untuk kakitangan jabatan korporat termasuk pegawai.
5. Perasmian TTSA symposium ditukar ke petang.
6. Peraduan menulis artikel MBSA diminta semua pegawai korporat menyertainya.
7. Majlis bacaan yaasin di teater selangor pada 21 Mei juga sambutan hari lahir DB
8. 19 Mei lawatan ke proton sempena mesyuarat LA21 AM dan Pengarah di bukit cherakah.
9. Lawatan balas ke surabaya pada 22 hingga 27 Julai, zaidah diminta buat tempahan.
10.Kuliah maghrib di kediaman rasmi DB di tunda ke bulan Jun
11.26 Mei program KIK di Bankuet.
12.Logo baru MPP diminta Azwar buat segera.
13.Sempena Piala Dunia, LED di dataran Shah Alam akan di pasang mulai 6 petang hingga 6 pagi dan Hisham diminta untuk memasang speaker.
14.Perhimpunan bulanan bagi bulan Mei di tunda kesatu tarikh lain.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Doa memohon petunjuk dan kekayaan jiwa: "Ya Allah, Aku bermohon kepadaMu petunjuk dan takwa serta berhati-hati dalam segala urusan dan kekayaan jiwa".
Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment