Monday, May 24, 2010

MESYUARAT PERSIAPAN PROGRAM TANAM POKOK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 malaysia.

Macam biasa kalu hari Jumaat saya mesti balik sebab nak solat Jumaat di kampung. Selesai solat dan aku bersiap nak gi kerja tetiba aku tengok tayar depan kiri kereta aku pancit, aku cepat-cepat start engine dan terus gi kedai tayar untuk tampal, kenalah RM5.00, kata budak yang tampaltu cakap kecik aje bocornya, walau macamanapun aku ucapkan terima kasih kepada budak kedai tayar yang tampal tayar aku tu. ARIGATO GOZAIMAS..
Sampai aje pejabat Pegawai Agama MBSA jumpa aku dan arahkan untuk menghadiri satu mesyuarat Program Tanam Pokok bersama MPP Shah Alam di Jabatan Taman dan Rekreasi tkt 7, Wisma MBSA. Aku satu lift dengan Pengerusi mesyuarat iaitu Tuan Ir. Izham Hashim(Ahli Majlis).

Program akan diadakan secara berperingkat, program yang pertama akan dimulakan di MPP Zon 16 - gabungan MPP Zon 14, 16 & 20 pada 30 Mei, 2010 (Ahad) bertempat di Jalan Ilham U2/14, Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Peserta terdiri dari murid-murid sekolah kebangsaan dan sekolah menengah TTDI Jaya serta penduduk setempat, perasmian oleh Y.Bhg. Datuk Bandar, Dato' Mazalan Mohd. Noor.

Jabatan Korporat diminta menyediakan beberapa persiapan antaranya:-
1. Khemah 3 unit
2. Kipas 6 unit
3. Kerusi bankuet 50 unit
4. Meja Bulat 4 unit
5. Kerusi Plastik 100 unit
6. Meja Panjang buffet 2 unit
7. Meja Pendaftaran 1 unit
8. Meja Panjang Pantry 1 unit
9. Sette 3 unit, Meja Coffee 1 unit
10.P.A. System 1 set
11. Rostrum 1 unit
12. Membuat jemputan kepada DB, TDB, TSU, Semua Ahli Majlis dan Semua Pengarah
13. Cenderahati (Pen MBSA) 800 unit.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi, semua diminta berada di lokasi jam 8.00 pagi

Program penanaman pokok ini akan disambung semula pada 27 Jun 2010 di lokasi lain, Lokasi Utama pada tarikh tersebut ialah di MPP Zon 2 - gabungan MPP Zon 1, 2 & 4 (Tempat pelancaran oleh Y.Bhg. Datuk Bandar) dan lokasi lain MPP Zon 3 - gabungan MPP Zon 3, 5 & 6, MPP Zon 11 - gabungan MPP Zon 7, 8 & 11, MPP Zon 12 - gabungan MPP Zon 9, 10 & 12, MPP Zon 15 - gabungan MPP Zon 13, 15 & 19, MPP Zon 17 - gabungan MPP Zon 17, 18 & 21, MPP Zon 24 - gabungan MPP Zon 22, 23 & 24.

Persiapan peralatan di lokasi utama adalah seperti di lokasi perasmian di MPP Zon 16, manakala di Enam lokasi lain hanya perlu sediakan:
1. Khemah 1 unit
2. Kerusi Plastik 50 unit
3. Meja Panjang Buffet 2 unit
4. Meja Pendaftaran 1 unit

Doa memohon ditambahkan ilmu pengetahuan: "Ya Allah, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman dan pengertian yang baik".

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment