Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera, salam satu malaysia.
Hari ini 19 Mei 2010 aku mendapat khabar angin, dimana aku akan ditukarkan ke Bahagian Pengurusan Hasil, tapi surat tak dapat lagi, tak tahula besok kot dapat, (kalau esok dapat aku "upload" surattu)kalau esok pengarah panggil maka sahlah aku akan ditukarkan ke sana, ini adalah prosedur biasa pertukaran kakitangan, sebelumni ramai yang dah kena tukar-tukar jabatan, mungkin aku yang terakhir, aku berkhidmat di Jabatan Korporat selama 6 tahun lebih.
Semalam mungkin kali terakhir aku menghadiri mesyuarat luar iaitu di Jabatan Mufti Selangor, bagi mengadakan Rakaman Forum Perdana Ehwal Islam anjuran bersama Jabatan Mufti Selangor dengan MBSA, rakaman dibuat oleh RTM dan JAKIM sempena Konvensyen Falak Selangor 2010.
Malam ini juga malam yang terakhir aku menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam Peringkat Daerah Klang di Masjid An-Naim Jalan Kebun, Klang,(tugas rasmi) dimana aku sendiri yang menghadiri mesyuarat penyelarasan untuk persiapan.Forum ini anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Klang, dimana MBSA juga memberi bantuan dari segi persiapan dan hiasan sebab dibuat di kawasan Shah Alam.
Kalau pertukaran ini dibenarkan, SELAMAT TINGGAL KORPORAT.......................... dan mungkin aku akan tutup blog kesayanganku ini sebab kalau di Pengurusan Hasil tak perlu ada blog rasmi. SAYONARAAAAA...ADIOS AMIGOS...KETEMU MANEH...tapi boleh "visit" saya diblog yang lain iaitu di alamat " http://teratakminiku.blogspot.com/ "
Doa untuk kebahagian di sepanjang hari: "Ya Allah, jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan kebaikan, dipertengahannya kebahagian dan di penghabisannya keuntungan".
Wasallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, May 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment