Selamat pagi, salam sejahtera, salam 1 malaysia. (kalau ada ayat ni dah tahu di bawah bumbung siapekan?).
Pagi ini 15 Mei 2010 selepas solat subuh(pagi ni tak sempat jemaah ke masjid sebab bangun lewat, malam tadi ada mesyuarat basikal di Sungai Buloh Kuala Selangor) aku bersiap nak ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam, sebab ada tugas sebagai juruacara majlis pelepasan Selangor Shines Hunt 2010 oleh Y.Bhg. Dato' Mazalan Mohd. Noor (Datuk Bandar MBSA).
Sampai di dataran dah banyak kereta dan urusetia baju hijau(dah tentu dari Jabatan Korporat sedang membuat pengesahan pendaftaran, saya dimaklumkan urusetia Hunt yang berbaju merah lewat datang sikit diketuai oleh master hunt Encik Shahrul.
Dimaklumkan ada seramai 97 pasukan yang menyertai pencarian harta karun ini walaupun tidak mencapai sasaran iaitu 100 pasukan.
Penamatnya adalah di Home Stay Sg. Haji Dorani Sabak Bernam dan malam nanti akan diadakan upacara penyampaian hadiah serta makan-makan dan persembahan kebudayaan dari Tourism Selangor.
Doa kebaikan dunia dan akhirat: "Ya Allah, ya Tuhan kami, berilah kebaikan kepada kami di dunia dan juga di hari akhirat serta peliharalah kami dari azab api neraka".
Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment