Wednesday, May 12, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN FORUM PERDANA EHWAL ISLAM DAERAH KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada 11 Mei jam 2.30 petang saya diarahkan menghadiri mesyuarat jawatankuasa pelaksanaan forum perdana ehwal islam peringkat daerah klang di bilik mesyuarat masjid an-naim, batu 7, jalan kebun klang.

Mesyuarat dipengerusikan oelh Al-Fathil Ustaz Haji Hadri bin Idris, Pegawai Tadbir Agama/Kadi Daerah Klang.

Forum akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Mei 2010 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Isyak
Tempat : Padang Awam Masjid An-Naim, Batu 7, Jalan Kebun, Klang.











Moderator : Y.B. Dato' Dr. Hasan bin Mohamed Ali

EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Ahli Panel : 1. Y.Bhg. Dato' kamaruddin bin Zakaria

(Mantan Imam Masjid Negara)

2. Y.Bhg. Ustaz Roslan bin Mohamad

(Pendakwah Bebas)

Tajuk : Hebatnya hidup berlandaskan Islam

Jemputan : 2000 orang


3. MBSA telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana program tersebut dan antara bantuan yang diperlukan ialah seperti berikut:

3:1. Bunga hiasan berpasu di pentas Ahli Penal dan khemah VIP.

Tindakan : Jabatan Taman & Rekreasi

3:2. Membuat kawalan di kawasan padang dan tempat letak kereta semasa forum berlangsung.

Tindakan : Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan

3:3. Memotong rumput dan membersihkan longkang di tepi padang awam tersebut.

Tindakan : Pejabat Cawangan Kota Kemuning

3:4. Bekerjasama dengan JKKK bagi penyusunan gerai jualan di kawasan padang.

Tindakan : Pejabat Cawangan Kota Kemuning

3:5. Menyediakan tong sampah secukupnya disekitar kawasan khemah.

Tindakan : Jabatan Perkhidmatan Bandar

4. Khemah untuk VIP dan orang ramai akan di pasang pada hari Selasa 18 Mei 2010 manakala pentas forum akan mula dipasang pada hari Rabu pagi 19 Mei 2010

5. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.00 petang.


Doa berlapang dada: "Wahai Tuhan, lapangkanlahdadaku, permudahkan segala urusanku, uraikanlah ikatan lidahku supaya semua orang dapat mengerti ucapanku".


Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


No comments:

Post a Comment