Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1 malaysia.
Pagi ini 21 Mei 2010 jam 11.00 pagi akan diadakan majlis bacaan Yaassin, Tahlil dan Doa Selamat di Teater Diraja Selangor (sebelah hotel bluewave) sempena nak rasmikan bangunan tersebut kot (kalau belum diserahkan kepada MBSA untuk menyenggaranya buat apa nak susah payah baca Yaassin kat situ plak, kat surau wisma atau kat dewan bankuet kan cantiek, semua staff boleh turun, buat peraturan macam perhimpunan bulanan kot) - auditorium tak boleh guna sebab mentor dah sewa.
Walau bagaimanapun aktiviti seperti ini adalah yang baik, jadi kalau baik ikut ajela, hari Jumaat pulaktu. (No personel/individual interest).
Jamuan pulut kuning ngan nasi arab (dah lama tak kena nasi arab ni) best gak kalau ada jamuan setiap pagi Jumaat, save belanja (almaklum sekarang adalah zaman berjimat cermat dan belanja berhemah)kalu tak aku sarapan roti bakar kepit aje tiap pagiKejap lagi nak gerak ke sana sebab nak buat persiapan sikit walaupun semalam dah buat, nak touch-up sikti-sikit.
Aku jalan kaki aje dari pejabat ke teater ni, orang lain sume naik kenderaan jabatan atau sendiri.
Dalam perjalanan tersebut aku jumpa penutup besi longkang dari jalan susur keluar ke parking perpustakaan telah hilang, bila nak ganti tak tahu.
Aku shortcut lalu jalan belakang Hotel Grandbluewave.
Dan sampailah di bangunan teater diraja selangor.
Aku dan semua jemputan masuk melalui pintu shutter belakang.
Dalam panggung teater ni cantik, tapi kerusi dah ada yang rosak walaupun belum digunakan.
Lagi satu yang peliknya, tandas di sebelah tempat duduk VIP kiri dan kanan ada dinding cermin yang boleh memandang telus keluar dan dari luar boleh telus pandang ke dalam tandas yang ada mangkok tu, kalau sipolan yang kencing berdiri nampak clear dari atas ke bawah.
Sebelum majlis bermula aku dok bincang ngan Encik Rizal dari Audit mengenai status bangunan teater diraja selangor ni.
Ustaz Mohamad Abdullah sedang berbincang dengan Pengarah Korporat dan Pegawai Agama MBSA sebelum majlis tahlil bermula.
Hadirin berdiri mengalu-alukan ketibaan Datuk Bandar MBSA.
Ustaz Zamry Ismail, Pengerusi Badan Dakwah MBSA menjadi pengacara majlis bacaan Yaassin dan Tahlil serta Doa Selamat.
Bacaan Yaasin dan Tahlil serta Doa Selamat di ketuai oleh Ustaz Mohamed Abdullah.
Antara Pengarah yang hadir, Pengarah ICT (Puan Shamsiah Osman) dan Pengarah Korporat - Bos akula (Puan Hajah Asmah Mohd Zin)Sebahagian hadirin terdiri dari kakitangan MBSA.
Oooo rupanya majlis bacaan Yaassin, Tahlil dan Doa Selamat ini dua dalam satu, ingatkan kopi aje ada dua dalam satu, sambutan ulang tahun hari lahir Y. Bhg. Dato' Mazalan bin Mohd. Noor, Datuk Bandar Shah Alam, selamat panjang umur semoga Allah murahkan rezki untuk banyak bersedekah dan kesihatan agar dapat beramal dan melakukan amalan/perbuatan yang baik-baik.... InsyaAllah.Kakitangan yang setia dari Jabatan Korporat sedang menyiapkan bungkusan pulut kuning dan nasi arab untuk diagih-agihkan kepada tetamu yang hadir majlis tahlil.
Kalu takde Boy ni tak lancarlah apa-apa majlis pun, sebab dia jaga PA System.
Doa mempermudahkan urusan kerja: "Ya Allah, Tidak ada yang mudah kecuali sesuatu yang Engkau mudahkan, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah".
Wasalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment